Nikmat solat awal waktu

  • 0
Assalamualaikum.

Dunia ini banyak nikmatnya. Antaranya ialah dapat solat awal waktu. Bagi aku, bila lepas solat, banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan tanpa perlu memikirkan solat yang belum dilunaskan lagi.

Hidup ini perlu berpaksikan solat dan bukan pula sebaliknya. Waktu solat, solat. Kemudian, sambunglah semula.

Kalau solat lewat waktu, kadang-kadang dah injury time - waktu kritikal nak masuk waktu solat fardhu lain pula, nak solat pun laju-laju. Buat ala kadar je. Cincai cincai.

Nak ngadap Allah, kita persembahkan solat yang ntah hape-hape. Punya laju sampaikan sempat buat yang rukun fardhu je, yang sunat semua langkau.

Allah terima ke?

Jadi lepas ini, dengar je azan, ambil wuduk cepat-cepat. Alang-alang dah ada air wuduk tu, solatlah berjemaah. Hati pun tenang sebab buat dalam keadaan santai je. Ye lah, nak potong imam tak boleh, nak tak nak kena follow imam yang solat slow and steady.

Aku taip entri ini pun untuk tegur diri yang selalu solat akhir waktu. Kita buat sebaik mungkin ya? 

No more mencuri dalam solat - mengabaikan tomakninah (berhenti seketika) dalam pergerakan solat!

No comments:

Post a Comment