Penilaian Awal Melalui Media Sosial

  • 0
Assalamualaikum.

Ramai orang memiliki akaun di media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Vines dan sebagainya. Lain orang pula lain cara penggunaannya.

Ada golongan yang suka post gambar selfie selang dua minit,

Ada golongan yang suka post kisah kejayaan diri dari semasa ke semasa,

Ada golongan yang suka berkongsi maklumat dan informasi,

Ada golongan yang suka show off betapa gembira dan gilanya mereka ini dan

Ada juga yang lebih selesa kekal senyap dalam media ini.

Tak kisahlah macam mana yakinnya kita dengan prinsip 'akaun aku, cara aku', etika penggunaan media harus dijaga kerana apa yang dimuat naik di media mencerminkan keperibadian kita.

Yes, it is not good to be judgemental but everyone does it.

Kalau asyik guna gaya ayat "huhukx... Aw@k tgah Buad aPew?"& "Saiaa tuck kuadd" memanjang, orang akan nilai diri kita sebagai tak matang. Belajar mengeja bertahun-tahun, gaya mengeja masih lagi macam tak sekolah punya orang.

Satu lagi. Bila ditemuduga, trend sekarang bakal majikan akan menyaring calon pekerja dengan melihat kandungan-kandungan yang dimuat naik oleh calon.

Kalau corak status calon jenis yang bila emo, update kat media, majikan boleh ke harapkan calon untuk kekal professional dan menjaga kerahsiaan syarikat?

Mestilah tidak bukan?

Jadi, sentiasa berhati-hati dalam menggunakan media sosial kerana ada sahaja mata yang memerhati dan ingat! Apa yang dimuat naik di Internet kekal di Internet.


- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment