Hendak Jadi Apa?

  • 0
Assalamualaikum.

Petang semalam, berseorangan sambil mengunyah nasi putih dengan teluh bistik di Restoran Thaqwa, kepala mengelamun jauh memikirkan masa depan.

Kalau orang lain tengok aku macam tunduk fokus pada makanan, mereka mesti ingat aku ni forever alone. Haha.

Anyway, hasil daripada usaha menetapkan mindset mahu jadi apa, aku berminat untuk jadi property consultant.

Sebelum ini, hati berbolak balik samada mahu meneruskan kerjaya sebagai penilai.

Maklumlah, aku dimomokkan dengan gaji penilai rendah. Ada betulnya bila difikirkan semula. RM1500-RM2500 untuk fresh graduate.

Aku faham gaji basic fresh graduate memang selalunya begitu tapi kenaikan gajinya selepasnya tidaklah banyak selepas itu.

Jalan pintas untuk meningkatkan gaji aku ialah dengan menjadi penilai berdaftar.

Hendak menjadi yang berdaftar, sekurang-kurangnya dua tahun ada pengalaman bekerja di bawah penyeliaan penilai berdaftar dan melepasi peperiksaan.

Mungkin ada bertanya, "Kenapa mahu makan gaji? Kalau nak kaya, kenapa takmau jadi ejen?"

Tapi nak jadi ejen, perlukan financially strong. At least boleh tampung kos hidup + kos untuk beroperasi sebagai ejen selama 6 bulan.

Kenapa lama? Sebab nak berikan ruang belajar untuk diri sekiranya 6 bulan itu tiada jualan/sewaan dilakukan.

It's not that easy but it's not possible. Langkah pertama memang susah.

"How about property manager? Investment? Devel--?"

Well, before the list goes on, I can be anything yet I need to be registered first to carry it out for my own company.

Kalau dah ada semua pengalaman tu, baru sedap jadi property consultant. Jack of all trades.

Persoalan akhirnya, adakah aku memang mahukan property consultant sebagai karier dalam hidup ini?

In the end, aku mesti reflect apa minat aku sebenarnya dalam hartanah ini dan yang pasti, aku mahu jadi pelabur hartanah yang berjaya.

I guess that I want to be well adverse dalam property industry so it can minimise my risk in property investment.

Rambling random stuffs malam ni. Jadilah apa-apapun wahai readers, asalkan punca pendapatan kita halal dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat dan ekonomi ummah.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment