Yang Si Compang Camping Itulah Yang Berhati Mulia

  • 0
Assalamualaikum.

Aktiviti malam ini ialah berperang Counter Strike di Kafe Siber Orange Wangsa Maju.

Janjinya 9.30 malam tetapi ada kawan-kawan yang tiba lewat kerana hal-hal peribadi.

Kami sedang berdiri di perkarangan parkir motorsikal apabila seorang pakcik yang kotor pakaiannya tertunduk-tunduk di hadapan premis kafe siber tersebut.

Aku lihat dia asyik dengan mengutip puntung-puntung rokok dan sampah sarap yang dibuang oleh orang ramai di situ. Satu-satu sampah dimasukkan ke dalam beg plastik yang dibawanya ke hulu ke hilir.

Kami di situ senyap memerhati kelakuan pakcik itu dan kedengaran salah seorang daripada kami bersuara, "Ha, sebab itulah don't judge a book by its cover. Kadang-kadang diorang ni lagi mulia dari kita." Suara kawanku itu, Taufiq dibiarkan berlalu tanpa seorang pun berkata-kata apa selepasnya.

Pakcik itu berlalu pergi dan mengutip puntung-puntung rokok di tempat lain.

Sekejap hadirnya dalam hidupku, tetapi pakcik tersebut membuatkan aku bermuhasabah pada malam ini.

Perbuatan baik yang kecil itu boleh mendorong jiwa-jiwa orang yang melihatnya untuk turut serta melakukan kebaikan. Doing good deeds is contagious.

Di bawah disertakan bersama gambar-gambar yang sempat aku tangkap ketika itu.

Sampah-sampah dilonggokkan ke satu tempat. Sangkaanku dia mahu memudahkan sampah-sampah itu dibuang selepas ini.

Kaki lima depan kafe siber itu dibersihkan tanpa ada satu pun sampah.

Pakcik yang sedang membongkok itulah adiwira (hero) aku untuk hari ini pada malam ini.

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment