Goodbye Charlie

  • 0
Assalamualaikum.

Hari ini hari Ahad bersamaan 5 Januari 2014. Dua hari lagi aku bakal menduduki paper ketiga buat semester ini. Bimbang dengan kurangnya persediaan bagi menghadapi peperiksaan tersebut, aku tekad untuk pulang ke rumah sewa di Shah Alam atau aku akan leka dengan nikmat berada di rumah.

PERGINYA CHARLIE
Selepas bersarapan pagi, sekitar 10.45 pagi, aku tengah baring baring di sofa, menunggu rasa untuk pulang ke Shah Alam hadir. Tiba-tiba jiran Indian aku memanggil keluarga aku dari luar pagar.

Hati aku berbisik,

"Kenapa dia panggil? Ini mesti kucing kena langgar ATAU dia nak pinjam barang kot." Hati aku cenderung the former one tapi berdoa supaya the reason is the latter one.

Bila ditanya, dia menjawab, "Kucing kena langgar. Kucing hitam."

Aku rasa pana sejenak. Langgar? Charlie ke? Bila mengingatkan waktu tidur aku semalam, dia memang tidak berada di atas katil. Mungkin dia tidur di tempat lain.

Aku bertanya, "Dah mati ke?!" Jiranku menjawab menyatakan kucing itu tidak bergerak.

Aku menghampiri jasad kucing tersebut. Berdarah di mulutnya. Mata terbuka. Aku dan jiran berkerumun di tempat kucing tersebut di langgar. Aku langsung tidak tahu hendak buat apa.

Sedih. Terkesima. Celaru. Semua tiba dalam satu masa yang sama. Aku tenung perutnya, menantikannya kembang kempis tanda masih lagi bernafas.

Ummi datang. Merasakan badannya masih lagi panas. Aku yang sebelum ini tidak berani memegang badannya, mengusap lembut badan Charlie. Masih lagi panas. Baru sahaja kena langgar!

Aku tanya kepada Ummi, "Hidup lagi ke Mi? Abanglong tengok macam bernafas sikit je."

Setelah memerhatikan badan Charlie, melihat anak matanya yang sedikit kelabuan dan kakinya yang sudah sejuk, Ummi mengesahkan dia telah tiada.

Air mata memang nak gugur tapi sengaja aku tahan, control. Aku cuba tahan sebak supaya adik-beradik aku tidak menangis serta merta.

Aku toleh ke belakang. Cheeky sedang memandang jasad abangnya yang sudah kaku. Aku ingin sekali menyuruh adik aku mengambil Cheeky jauh dari mendekati abangnya bagi memelihara perasaannya. Aku yakin yang kucing juga ada perasaan seperti manusia. Niat ada tetapi mulut tidak dapat meluahkan rasa di hati memandangkan aku cuba menahan rasa sedih yang amat.

Jiran aku dalam masa yang sama memberitahu, Moppy, kucing putih aku yang berbulu lebat merupakan punca dia sedar akan kemalangan yang dihadapi oleh Charlie. Moppy ketika itu berada di luar pagar rumah dan seolah-olah meninjau-ninjau sesuatu di jalan dan menghidu bau Charlie. Bagi jiran aku, situasi itu menghairankan kerana jarang sekali dia melihat Moppy berada di luar rumah. 

Selepas mengetahui apa yang berlaku, barulah jiran aku itu memanggil keluargaku. Sambil mendengar penjelasannya, Ummi mengarahkan aku mengambil kain untuk mengangkat jasad Charlie yang sudah suam-suam badannya. 

Aku angkatnya bersama-sama Ummi dengan kain bayi berwarna biru dan tempatkan di atas rumput, namun, disebabkan terdapat semut api, kami letakkannya di atas lantai.

Ketika itu, Cheeky datang melihat keadaan abangnya itu. 
Rasa sayu gila weh. Aku minta adikku membawa pergi kucing oren tersebut supaya terjaga emosinya.

SAAT MENANAM CHARLIE
Selepas itu aku gunakan cangkul yang diberikan Ummi dan menggali kuburnya yang dibina di depan rumah. Lenjun baju yang aku pakai disebabkan proses menggali tersebut. Ketika Charlie dimasukkan ke dalam lubang tersebut, aku lihat adik keempat dan terakhir aku menangis. Aku kekal tahan rasa air mata yang ingin mengalir itu. 

Ummi menyuruh kami meletakkan pasu yang telah pecah ke atas kubur tersebut supaya 
i) menandakan kubur tersebut, 
ii) memberi perlindungan kepada tanah tersebut daripada digali dan 
iii) pasu tersebut boleh memenuhi tanah tersebut sekiranya badan Charlie telah mereput yang boleh menyebabkan tanah tersebut mendap.

Selepas menggali, aku membiarkan badan aku rehat sebelum berangkat pulang ke Shah Alam.

Berikut merupakan antara koleksi gambar-gambar Charlie untuk dikongsikan kepada anda semua.

Ini gambar Charlie dan Cheeky masa kecil. Innocent dan asyik berlari ke sana sini di rumah.
Charlie (berwarna hitam) dan Cheeky (berwarna jingga/oren) merupakan adik-beradik kucing yang kami bela sejak kecil. Hobi mereka tidur bersama. Tempat kesukaan mereka ialah di atas sofa dan katil. Gambar di atas merupakan gambar semasa mereka kecil dan besar. Tak berubah perangai!
Aku sendiri tidak pasti mana satu abang dan mana satu adik tetapi aku rasa Charlie ini lebih tua berbanding Cheeky yang lebih ceria dan manja.
Kalau tiada apa nak dibuat, dia akan menyelitkan diri dan tidur di bawah mahupun di celah almari.
Khusyuk memerhatikan sesuatu. Anak mata pun jadi tajam.
Gambar ini rasanya diambil ketika hendak berangkat ke Cameron Highlands, takpun ketika nak hantar mereka ke vet untuk medical checkup. Dua-dua ekor kucing ini suka sangat mengiau, menagih simpati untuk dilepaskan sepanjang perjalanan dalam kereta.
Sekali terlena, tidur mati terus.
Gambar ini aku ambil ketika aku berseorangan di rumah bilamana ahli keluarga aku pergi umrah. Cheeky tidur di sofa, dia tidur di atas meja. Terbongkang.
Rapat tak rapat si dua beradik ini? Suka tease each other dengan bergaduh dan berlari-lari dalam rumah. 
Aku harap dia akan ceria sentiasa meskipun berada di sana. Minta maaf Charlie sekiranya aku leka dalam menjaga kau dari awal kita bertemu sehinggalah saat aku mengambuskan tanah ke dalam kuburmu. I will miss you ;( I promise that I will do a better job to keep your brother happy and fill his emptiness without your presence at home.

I believe that Charlie wants me to be happy like it does in the picture. I will treasure our memories eternally by posting this entry in this blog. Thank you for everything :(

Aku sudah banyak kali menanam kucing peliharaan keluarga tetapi pengalaman tersebut langsung tidak mengurangkan rasa sedih melihat perginya binatang kesayangan keluarga aku. Aku juga terfikir tadi, itu baru kucing meninggal, apa agaknya respon aku bilatahu keluarga terdekat meninggal? A death in my family? Aku tak boleh bayangkan betapa pedihnya rasanya nanti. Sedangkan nak tulis blog ini pun dah mengalir air mata.

Hari ini merupakan hari yang muram. Aku doakan aku dan keluarga aku kuat untuk menghadapi hari yang mendatang. Amin.

No comments:

Post a Comment