Hari Terakhir untuk 2014

  • 0
Assalamualaikum.

Minggu ini, 29 Disember dan 31 Disember (Isnin dan Rabu) ada paper Revenue Law dan Property Development. Aku rasa aku boleh jawab paper tadi. Score? Tak pasti pula.

The next paper will be Professional Practice I. 6 hari lagi. Kemudian, Statutory Valuation diikuti dengan Building Maintenance I merangkap paper terakhir 19 Disember 2014.

Jarak antara 3 papers terakhir ini padu-padu belaka semua. Tak kurang daripada 5 hari setiap satu. Fuhh!

Cukup dengan perihal exam. Kepala still pening lagi selepas keluar dewan peperiksaan tadi.

Sekarang aku nak cakap post klise seperti tahun-tahun sebelum ini; cerita tentang tercapai atau tidak azam aku untuk 2013. Di bawah ini, generally pasal azam aku tahunan - tapi sengaja dipecahkan ikut semester agar mudah dicapai.


Kertas ini ditampal besar pada dinding rumah sewa aku. So, sebelum aku landing atas tilam, dapatlah juga mengadap matlamat aku ini samada sengaja ataupun tidak.

1. SCORE 4.00 PNG

Well, ini cita-cita aku sepanjang degree. Degree ini lebih kurang macam Diploma, cumanya di sini, aku belajar lebih mendalam. First semester di sini aku dapat PNG 3.23 rasanya. Second PNG 3.53. Semester ini semester ketiga aku. Jujur aku rasa aku tak dapat kekalkan dean's list in a row di atas sebab tidak beri komitmen penuh dalam bahasa ketiga Mandarin dan tesis.
Apapun, aku tak rasa aku akan buat sambil lewa dalam exam. Sebab kat situ je harapan terakhir untuk aku perbetulkan kesilapan aku sepanjang 14 minggu ini.

2. HANTAR CHAPTER 1, 2, 3 ON-TIME

Pada awal semester, aku memang berkobar-kobar nak siapkan tesis. Punyalah semangat sampaikan nak buat satu helai sehari. Jadi, aku siapkan chapter 1 aku dalam masa 2 minggu sebelum buka semester. Bila present kepada supervisor, tajuk aku didapati susah nak cari maklumat. Second submission pun juga begitu. 

Aku down for a long time, tawar hati dan eventually memang letak tesis ini ke tepi. Perangai macam ini memang makan diri. Dalam kelas, bila pensyarah mention tentang submission kurang dalam dua minggu, kecut perut dibuatnya. 12 November 2014.

2 minggu? Sempat ke? Aku siap bercadang nak drop terus subject tersebut. Malas nak serabut. 

Aku cuba alihkan perhatian aku pada projek pameran hartanah semester ini. Gila. Selesai pameran EMPEX pada 10 haribulan, aku still tak buat apa-apa dengan baki dua chapters yang tinggal. *Aku ada draft sedikit tajuk baru Chapter 1 aku*

Malam 10 haribulan, aku tidur mati. Maklumlah 3 minggu menjelang EMPEX, aku tak cukup tidur. In the end, pada pukul 12 tengahari 11 November 2014 sampailah pukul 3 petang keesokan harinya, aku pulun sampai siap, resulting in the accomplishment of 27 pages with full references. 

It was a crazy feat. Taubat takmau buat lagi.

3. JADI THE BEST GROUP EMPEX

Sejak mengunjungi tapak EMPEX kawan-kawan fast track dulu, aku dah ada mindset untuk jadi the best group bagi EMPEX. Semester ini, aku dapat peluang untuk merealisasikan impian aku selama ini. Namun, menjelang minggu ke minggu mendekati EMPEX, banyak kesilapan telah aku lakukan, contohnya, lupa update tugas, lupa follow up, gagal coordinate kumpulan dengan baik - sampaikan aku rasa kepala nak meletup. Rasa nak give up.

Alhamdulillah, aku diberikan ahli-ahli kumpulan yang complement dengan sifat aku. Kalau aku api, diorang air. Mudah dengar kata. Tapi bila stres, semua macam jadi minyak bagi aku. 

Kumpulan aku ini aku selalu beranggapan a group of misfits. Contra gila perangai. Tapi bila dua semester bekerjasama, aku dapat rasakan kami mula memahami antara satu sama lain. 

Pameran tersebut berakhir dengan kumpulan aku langsung tiada merangkul sebarang anugerah. It hurts a lot tapi aku belajar banyak pengajaran dalam menyiapkan EMPEX ini. 

Antara salah satu pengajaran yang aku dapat ialah aku dapat kenalpasti perangai aku dalam keadaan tertekan. Aku sangkakan aku akan cool, tapi cepat snap rupanya. Selain itu, aku betul-betul nampak orang-orang disekelilingi aku ini sebenarnya sayang juga pada aku.

Paling ketara yang aku nampak ialah parents aku. Depa bagi sokongan moral dan segala kelengkapan untuk aku be the best untuk pameran tersebut.

Btw, aku keluar perbelanjaan sebanyak RM200 lebih untuk EMPEX ini sahaja. Tapi untuk wang kumpul bersama, spend RM150 seorang. In a way, aku sekarang tak rasa kecewa dah. Bawah ini merupakan antara proposed development di bawah Muwana Property Sdn Bhd, Muwana Hill di Kajang.

4. JAGA SOLAT 5 WAKTU

Setakat ini, okay. Cumanya bila berjaga malam, ada masanya burn Subuh >.<

5. JAGA KEBERSIHAN DIRI

Sama macam atas, okay je. Takdak masalah. Katil bersepah lagi. Kena usahakan lagi tang ni.

6. KURANGKAN BERAT 10 KG

Ha! Yang ini, aku dapat kurang 3kg je. Tapi itu sebulan lepas. Sekarang taktau macam mana. HAHA. Alhamdulillah, masih main futsal setiap hari Jumaat di Gombak.

7. SAF JOHAN BOLA BALING

Pengalaman mengurus pasukan bola baling FSPU lelaki boleh tahan juga. Aku sebenarnya membantu pensyarah untuk sediakan kemudahan untuk pemain-pemain berlatih selain menguruskan hal-hal pendaftaran. Alhamdulillah, kami lepas group stage tetapi tewas menentang Fakulti Pendidikan di semi-final. 

Tapi bila mengingatkan semula perlawanan akhir antara Sport Rec dan Edu, game diorang memang cantik. They deserve to be in the final.
FSPU mendapat tempat ketiga bersama dalam acara bola baling

8. ALLOCATE RM60/MINGGU

Yang ini. Duit aku selalu bocor. Masuk banyak. Belanja banyak. Selalunya habis pada makanan selalunya. Dan minyak kereta dan touch and go.

9. BACA QURAN SETIAP HARI

Tang ini, aku selalu culas. Masih banyak perlu diperbaiki. Hati makin jauh bila tak baca Quran selalu.

10. HELP OTHERS & DIRI SENDIRI

Alhamdulillah, aku diberi kudrat untuk menceriakan kehidupan orang lain. Part ini aku boleh maintainkan lagi.

Well, that's it for this year! Ada banyak lagi tak tercover dalam entri ini; seperti pengalaman mengikuti program kolej ke luar negara, Indonesia dan Kemboja, personal life dan life changing moments. Tapi aku sendiri dah lupa macam mana nak disampaikan. HAHA.

Kalau diberi peluang untuk memperbaiki tindakan-tindakan yang telah aku lakukan, memang aku ambil peluang itu cepat-cepat. Malangnya itu mustahil. Perkara yang lepas takkan dapat kita betulkan. Masa yang berlalu tidak lagi boleh dikembalikan.

Aku berdoa kepada Allah untuk 2015 ini, jadikanlah aku lebih baik daripada sebelumnya. Matlamat rasanya tak berubah pun. Penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa. Doakan aku supaya boleh menyumbang sesuatu yang signifikan kepada orang-orang yang aku sayangi dan ummah terutamanya.
Thank you 2014. I will miss you. Adios.

No comments:

Post a Comment