Procrastinate

  • 0
Assalamualaikum.


Selepas setahun berada di universiti, apa yang aku pelajari dalam menguruskan masa, lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim adalah aku seharusnya mengutamakan perkara-perkara yang memerlukan penyelesaiannya ketika itu juga. Tidak seharusnya dilewat-lewatkan. Contohnya ialah solat.

Sekiranya aku tidak solat jemaah di surau, alamatnya aku selalu melewat-lewatkan solat. Bertangguh-tangguh. Walaupun aku sedar akan ancaman neraka wail bagi orang yang mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, kadang-kadang aku tidak mengendahkannya :| 


Selepas beberapa siri berbuat demikian, aku mendapati bahawa diriku ini yang selalu leka ni akan solat dalam keadaan tergesa-gesa. Bila tergesa-gesa, aku tak merasakan nikmat solat itu sendiri. Berbeza berbanding solat pada akhir waktu, solat pada waktunya buatkan aku merasakan tenang dalam bersolat. Tidak berpeluh, tercungap mahupun gelabah.

Jadi, di sini, peringatan bagi diriku dan kalian semuanya, solat pada awal waktu dan tidak bertangguh-tangguh. Hal ini demikian adalah kerana sekiranya kita dapat melunaskan kewajipan kita untuk menyempurnakan rukun Islam tersebut terlebih berbanding perkara-perkara lain, InsyaAllah, kita akan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam melakukan perkara lain. 

Tata! Salam :)

P/S: Tak berbaloi meletakkan kita dalam risiko dihumbankan dalam neraka Wail semata-mata hendak melakukan perkara-perkara yang boleh ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan kepada solat fardhu.

No comments:

Post a Comment