Memang susah, tapi...

  • 0
Assalamualaikum.

Hari ni, dalam kelas Quantitative Techniques, kami belajar mean, median dan mode semula. Ye lah, statistik kan. Aku teringat pengalaman aku berhadapan dengan soalan-soalan Matematik Tambahan time SPM dulu, dan itu bukanlah pengalaman yang menyeronokkan. Aku pun memasang niatku semula agar tidak takut dan mudah jemu dengan soalan-soalan berbentuk kira-kira ini.

Alhamdulillah, aku dapat jawab, dalam masa yang sama juga kepala aku panas disebabkan penggunaan otak kiri yang terlebih gigih menjana semula enjin kira-kira yang sudah berkarat.


Dalam kelas beliau, beliau akan cuba mencuri masa untuk menanyakan khabar perihal solat kami. Semuanya bermula dengan pernyataan, 

"Suami saya cakap Fadhil ni selalu rajin turun jemaah,"

Pada masa tu, aku tahu sooner or later, aku akan ditanyakan soalan cepu mas ini. Kebetulan, dalam kelas tadi, budak-budak sebilik aku, Fais dan Fikri duduk sederet denganku. 

Beliau pun mula menanyakan soalan kepada Fais,

"Fais selalu pergi semayang jemaah tak?" 

Soalan tersebut dibalas dengan Fais yang tersenyum malu sambil menjawab,

"Kat bilik selalu lah." Aku bangga dengan pencapaian Fais kerana dia bercakap benar akhirnya. HAHA.

Kemudian tiba giliran Fikri. 

"Fikri selalu jemaah kat PI (Pusat Islam) tak?"

"Kadang-kadang," ujar Fikri sambil tersengih.

Pensyarahku menunjukkan riak wajah yang tidak pasti lalu menanyakan,

"Zohor tadi?"

"Pergi."

"Maghrib Isya'?" tanya beliau dengan muka teruja.

"Kadang-kadang, kalau ada masa free, saya datanglah."

"Bila awak free?"

"Time takde kelas, saya datang le,"

Pensyarahku lalu memetik nama rakanku Fadhil yang rajin pergi ke PI itu sambil menyatakan kepada kelas supaya mencotohi Fadhil.

Agaknya, Fikri rasa tercabar lalu mengatakan,

"Tapi subuh saya tak nampak dia pun," kata Fik sambil tersenyum simpul.

Pensyarahku itu agak terdiam seketika lalu memaling muka ke arahku.

"Aziz pergi jemaah?"

"Kadang-kadang jugak. Kan saya sebilik dengan Fikri ngan Fais, jadi bila kitorang pergi PI, kitorang pergi sama-sama jemaah," ujarku sambil menggayakan perkataan 'bersama-sama'. Aku senyum semula kepada beliau.

Namun, beliau sebaliknya. Riak wajah beliau berubah kepada mod berhujah.

"Aziz tahu kewajipan berjemaah tak?" tanya beliau, menguji kefahaman aku dalam hal ini.

"Tahu, kita wajib solat berjemaah di tempat azan dikumandangkan," jawabku dengan yakin.

Beliau kemudian berhujah, 

"Aziz, wajib tau pergi jemaah ni. Kalau aziz tak buat, macam mana dengan kewajipan Aziz? Berdosa tau. Dia memang susah, memang susah, *beliau ulang perkataan tersebut sampai 6 kali* tapi ye lah, kita berjihad dengan nafsu. Kekadang kita rasa malas, saya pun kadang-kadang rasa payah sangat, tapi nak tanak kena buat jugak. 

Kalau kita buat dari sekarang, nanti senang Aziz bimbing anak-anak dengan isteri nanti. Bayangkan Aziz kalau pergi jemaah, isteri pun dapat pahala sama tinggi tau!

Kalau Aziz tak pergi, orang lain yang pandang Aziz akan kata, "Alah, Aziz yang 3.8 tu pun tak pergi, jadi aku pun tak payah pergi jemaahlah jugak,"

Kalau Aziz pergi, confirm semua orang pergi! Aziz pointer lawa, pandai, jadi Aziz seimbangkanlah dengan ni *beliau menggayakan timbangan menggunakan tangannya* 

Itu satu bentuk dakwah tau! Nanti Aziz pergi jemaah ye?"

Aku mengangguk sahaja selepas mendengarnya. Hati ini terkesan dengan kata-katanya, lebih-lebih lagi dengan cadangannya kepadaku untuk berdakwah secara hikmah. Betul jugak katanya!

Kemudian, rakanku Amal mencelah,

"Puan, yang soalan nombor dua tu.."

Pensyarahku ketawa lalu mengakhiri perbualan kami berdua dengan berkata kepada Amal,

"Haha. Alah, Amal, potong aje."

Aku kemudian menyambung semula scribbling di atas kertas, mencatit butir-butir perbualan sebentar tadi untuk ditulis di dalam blog.

Tata! Salam :)

No comments:

Post a Comment