Minta Bantuan Dalam Pergelutan

  • 0
Assalamualaikum.

Bulan Ramadhan nanti syaitan kena ikat. Nafsu tidak. 

Nafsu ni keinginan yang secara lumrah sebahagian daripada kita. Nafsu ni punyalah degil sampaikan dia dimasukkan dalam neraka 3000 tahun baru dia mengaku dia hamba Allah. Dengan perangai macam tu, nafsu ini memang payah nak dikalahkan secara sepenuhnya, TAPI masih boleh ditundukkan. 

Dengan tundukkan nafsu dan kemudiannya dibimbing dengan tuntutan syarak, nafsu boleh diubah menjadi kepada keinginan untuk melakukan kebaikan banyak-banyak. Alahh, camne nak cakap eh, bayangkan macam ni, bila kita benci sesuatu perkara, kita akan memberontak dalam melakukannya. Sebaliknya, sekiranya kita menyukai melakukannya, masa dan tenaga bukan lagi menjadi persoalan, memandangkan kita enjoy dengan apa yang kita lakukan.

Tapi, asasnya, nafsu perlu ditunduk terlebih dahulu!

Kadang-kadang aku mengimpikan laluan mudah dalam hidup ini. Tak perlu bermujahadah menentang nafsu. Kalau boleh, lahir-lahir je, terus mempunyai kekuatan untuk melawan semua nafsu-nafsu tersebut. Kan senang?

Itu lamunan aku ketika  aku merasakan tak terdaya nak menundukkan nafsu itu sendiri.

Namun, aku sedar, impian itu tingal angan-angan semata-mata memandangkan tiada benda yang datang secara percuma. Semua datang dengan harga tersendiri. Sedangkan nak masuk syurga pun ada harganya tersendiri tahu?

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). 


Bagi aku, kalaulah syaitan tu ada berlegear-legar masa bulan Ramadhan, tag-team dengan nafsu, confirm tergugat iman ini nak lawan mereka berdua.

Tapi dengan Allah sebagai pelindung kita, kasilah seangkatan tentera dibarisi kumpulan syaitan dan nafsu tersebut kat kita, kita akan menang juga memandangkan Allah itu Maha Berkuasa. Tiada yang lebih hebat daripadaNya kan? :) Walaupun nafsu itu kuat, dengan bantuan Allah, semua urusan menjadi mudah. TanpaNya, urusan dunia akhirat langsung takde berkat, sunyi je rasa.


So, macam mana salah satu cara paling mudah nak mintak tolong dia dalam perjuangan menundukkan nafsu?

Kita boleh memohon  dan berdoa kepadaNya untuk diberikan pertolongan. Allah tu tunggu masa je untuk kita minta daripadaNya. Dia suka hambaNya bergantung kepada Dia. Dia sayang hambaNya yang suka bergantung kepada Sang Pencipta. 

Kita minta sahaja daripadaNya. Jangan kita tak minta langsung, itu sombong namanya. Yang penting, minta dulu! Jangan tak dapat merungut, padahal kita yang tak mintak!

Doa tu pasti dimakbulkan Allah, kalau tak sekarang, ditangguhkan pengkabulannya. Kalau tak dikabulkan jua, pastiNya ada hikmah di sebaliknya. Mungkin lebih baik begitu, mungkin?

Apa-apapun, yakin dengan diri kita dalam menundukkan nafsu dan selalu-selalukanlah berdoa agar dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Tata! Salam :)

P/S: Entri ini ditulis di UiTM Shah Alam. *Sumber Gambar: Zawaj

No comments:

Post a Comment