Anak sulung

  • 0
Assalamualaikum.

Entri kali ni pasal anak sulung.

Dulu-dulu, aku selalu dengar ngan pendapat orang pasal anak sulung ni.
"Eh, best lah kau, jadi anak sulung, boleh buli-buli adik,"

Well, it's true. Itu satu nikmat dapat nyakat diorang dengan aman. Tetapi, kena ingat, abang sulung, tanggungjawabnya besar, memandangkan dia tu pemimpin keluarga selepas kematian ayahnya. Dia tu nanti kena perhati kebajikan adik-beradiknya dan ibunya.


[Gambar: Adik-beradik akan perlukan seseorang untuk mengekalkan suasana institusi kekeluargaan. Semestinya yang tua akan menjadi harapan mereka.]

Memang bertuah bagi kita yang sulung ni dapat rasa pengalaman susah senang kehidupan keluarga yang didirikan ibubapa kita dari awal perkahwinan mereka dan kita akan menjadi antara orang kepercayaan ibu bapa untuk bimbing adik beradik, dalam masa yang sama, pengalaman tersebut akan bantu kita untuk pandu arah kehidupan keluarga kita selepas ketiadan ibu bapa kita.

Aku seorang anak sulung, bila sudah tiba masanya, aku akan galas tanggungjawab tersebut dengan penuh terhormat. Semoga Allah membantu aku dalam memikul peranan sebagai seorang ketua keluarga.

Tata! Salam :)

P/S: Sibukkan diri dengan Ramadhan yeh :D

No comments:

Post a Comment