Saya Mahu Syurga

  • 4
Assalamualaikum.

Entri kali ini berkait dengan destinasi kita selepas ditimbang amalan di dunia ni.

Aku difahamkan orang Islam akan dimasukkan syurga walaupun telah diseksa dalam neraka. Berbeza dengan orang yang tidak memeluk Islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya. 

Aku juga difahamkan syurga neraka itu kita masuki bergantung kepada rahmat Allah dan amalan kita.

Jadi, aku time kecik, aku fikir, "kira okaylah, kalau dah masuk neraka sekejap, pastu masuk syurga selama-lamanya. Not bad enough." Kemudian, tanggapan seperti itu tenggelam dalam kenangan-kenangan zaman kanak-kanakku.

Hari ini, tanggapan itu merangkak keluar dari timbunan kenangan tersebut dalam berlari-lari di dalam kotak fikiran aku.

Oleh sebab itu, aku pun browse kat internet pasal perihal neraka ni. Berikut ialah pernyataan tentang neraka daripada blogspot muslimean.


Sifat Api Neraka

Dari sebuah hadis yang diceritakan, Allah s.w.t. telah menghantar malaikat Jibril bertemu malaikat Malik untuk mengmabil api darinya bagi kegunaan Adam untuk memasak. Malaikat Malik pun bertanya, "Wahai Jibril! Berapa banyakkah yang kamu mahu?" Sebesar buah tamar, jawab Jibril. Kata Malik, "Tahukah kamu, kalau aku berikan api neraka sebesar yang kamu mahu pasti akan hancur lebur 7 petal lanngit dan bumi kerana kepanasannya?" Kalau begitu, berikan aku separuh buah tamar, kata Jibril.

Jawab Malik, "Kalau separuh darinya, nescaya langit tidak dapat menurunkan hujan walaupun setitik ke bumi dan segala tanaman akan musnah." Malaikat Jibril lalu memohon pertolongan dari allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu memohon pertolongan dari Allah untuk mengetahui jumlah yang betul. Allah lalu berfirman, "Ambillah sebesar biji sawi."
Pergilah Jibril mendapatkan api itu lalu dibasuh dahulu dengan 70 buah sungai di Syurga. Setelah itu ianya dibawa kepada Nabi Adam a.s. dan diletakkan di atas puncak gunung yang tinggi. Tiba-tiba cairlah gunung itu dan tinggallah hanya sedikit maka api itulah yan digunakan hingga sekarang.

Perihal Neraka

Rasulullah s.a.w. bertanya kepada malaikat Jibril tentang api Neraka. lalu Jibril pun menceritakan, "Ya Muhammad! Api Neraka itu berwarna hitam pekat, andaikata api itu terjatuh ke bumi walaupun sebesar lubang jarum, nescaya terbakarlah bumi ini. Baju neraka pula, kalau digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua mahkluk di bumi ini kerana bau busuknya yang bersengatan. "Wahai Muhammad! Kalaulah semua malaikat menunjukkan rupanya yang sebenarnya dan turun ke bumi, nescaya akan pengsan semua penduduknya kerana rupanya yang amat mengerunkan.

Sekiranya satu pergelangan dari rantai Neraka iyu jatuh ke bumi, nescaya rantai itu akan menembusi hingga tujuh petala bumi. Mendengarkan semua itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada Jibril, "Cukup Ya Jibril," Lalu Rasulullah menangis, Jibrilpun turut menangis. Lalu Rasulullah pun bertanya, "Wahai Jibril! Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukanmu di sisi Allah amatlah tinggi?"

Jibril menjawab, "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin kedudukanku, sunnguhpun kesusukanku sangat mulia di sisi Allah s.w.t. Aku sangat bimbang kalau Allah hendak menguji aku atau mengubah kedudukanku sebagimana Harut dan Marut dan juga Iblis yang terkutuk."

Walaupun kedudukan malaikat Jibril sangat dekat kepada Allah S.W.T., namun ia tetap menangis kerana takutkan Allah, tetapi malangnya manusia masih tetap ingkarkan Tuhannya sekalipun jelas nyata tanda-tanda kekuasaan Allah dari al-Quran dan as-Sunnah.

Sesudah membacanya, aku sedar walau setinggi manapun ketahanan kita kat dunia ni, kita takkan dapat menahan kesakitan di akhirat nanti. Pedihnya bukan calang-calang tahapnya. Diseksa sehingga badan tersiat-siat, dibakar dengan sedemikian rupa berulang-ulang kali sehingga tamat tempoh seksaan. 
1 hari di neraka bersamaan 1000 tahun di dunia. 19 tahun pun terasa lama, inikan 1000. Kalau kena duduk 2 hari pun, wa tamau.

Neraka bukanlah satu pilihan bagi makhlukNya. Jom tingkatkan amal ibadah kita dalam mencari keredhaanNya! Semoga kita ditempatkan di syurga yang penuh nikmat yang tak tercapai akal manusia dan bukannya di neraka, tempat seksaan yang tidak mungkin sama sekali tertanggung bagi manusia yang lemah ini.

Tata! Salam :|

4 comments:

  1. Ada je yang nak tapi tak buat gaya macam orang nak masuk syurga. [muhasabah diri sendiri]

    ReplyDelete