Tips untuk habiskan satu juzuk sehari

  • 0
Assalamualaikum. 

1 juzuk = lebih kurang 10 helai.

Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita. Ini bermaksud 1 solat = 2 helai bacaan.

Kemudian selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan dua helai bacaan. Jika terlepas bagi mana-mana solat [contoh: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat]

Bijaklah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal [Asar, Maghrib, atau Isyak]

Jika masih berbaki, pastikan kita habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur. Yang pastinya, kita perlu mulakan dengan HARI INI agar tidak terasa berat ketika Ramadhan sudah tiba nanti.

Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:

1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'

Semoga azam untuk kita habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!
  
Sumber: Semarak Ramadhan 1432H

No comments:

Post a Comment