Bila Si Diploma Bertemu Si Degree

  • 0
Assalamualaikum.

Pada hari Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bersamaan 11 April 2012, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Sultan Badlishah secara rasminya ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14. 

Apa yang menariknya tentang pertabalan tersebut ialah Sultan Abdul Halim dengan ini telah menjadi YDPA buat kali kedua. 

Tempoh durasi menjadi YDPA adalah selama 5 tahun dan YDPA akan bertukar tangan dengan turutan negeri seperti berikut: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.

Daulat Tuanku!

_____________________________________________________________________________________________ 

Pada hari yang sama juga, aku telah melawat beberapa orang sahabatku yang kini melanjutkan pelajaran dalam Bachelor in Estate Management di UiTM Shah Alam. Tujuan asalku ke sana adalah untuk mendapatkan salinan buku akaun bagi tujuan pembelajaran semasa cuti ini daripada Abdul Qadir, sahabat sekelasku di UiTM Perak yang membuat fast track di sana.

Namun, perancangan tersebut berubah setelah mengetahui aktiviti sahabat-sahabat yang lain yang mahu bermain boling. Katanya mahu berlatih bagi pertandingan antara fakulti dalam masa terdekat.

Di sini disertakan beberapa gambar yang berlaku pada hari tersebut.

Awan mendung menyelubungi atap langit sebelum aku pergi breakfast bersama keluarga

Aku bertolak ke Shah Alam pada pukul 11 pagi. Perjalanan ke Shah Alam memakan masa 30-40 minit, sama macam dari Seri Iskandar ke Ipoh. So, I'm fine with it. Yang membezakan kedua-dua destinasi tu ialah Shah Alam sangatlah sesak dengan bilangan kenderaan dan roundabout banyak. 

Aku pun tidak tahu menahu tentang laluan ke Shah Alam.  Oleh itu, aku menggunakan GPS sepenuhnya. Setelah kira-kira 30 minit berada di atas jalan raya, aku dapati Taman Tasik Shah Alam terletak di sebelah kiri aku. Aku singgah sebentar untuk tangkap gambar pemandangan taman tasik tersebut yang menghijau.

Taman tasik Shah Alam ini berdekatan dengan Wet World Shah Alam. Bersebelahan.








Taman Tasik Shah Alam





Subhanallah. Gambar ni yang terbaik!
Selepas selesai mengambil gambar, aku memacu kereta ke UiTM dan tiba memasuki perkarangannya melalui pintu depan. Sepanjang pencarian Kolej Anggerik, apa yang dapat aku gambarkan tentang UiTM Shah Alam ini ialah kampus tersebut sangatlah luas dan jalannya berliku-liku dan berbukit, menyebabkan aku keliru dengan lokasi aku tersebut.

Sedang sibuk merewang-rewang, aku hubungi Qadir untuk mengetahui keberadaannya dan meminta dia menjadi penunjuk arah aku di Shah Alam.

"Dir, kau katne?"
"Em, mu dok mano?"
"Aku kat mana ntah."
"Kau pergi cari Kolej Anggerik. Mu keluar je, belok kiri, nanti mu nampak aku."
"Berdua?"
"Ha'ah. Aku dengan Faiz."
"KK. Jumpa sana."

Akhirnya, aku bertemu dengan mereka di perhentian bas yang berdekatan. Masing-masing tengah duduk, menunggu aku yang lewat sampai. Mereka mengajakku makan di Seksyen 6.

 Faiz dan Qadir, mereka teman sebilik di Perak dan berkawan baik di Shah Alam

Apa yang buatkan pengalaman makan di sana kelakar ialah Qadir yang asyik dengan makannya mengundang banyak kucing mendekatinya. Miaw-miaw aje. HAHA. Btw, aku makan Lai Chee Kang sahaja.

Usai makan tengah hari, kami singgah di perhentian bas  kerana motor Faiz pancit. Mereka berdua mendapatkan bantuan daripada bengkel yang berdekatan, memberi aku kepercayaan untuk menjaga motornya yang pancit itu. Beberapa minit kemudian, mereka tiba dengan bantuan tukar tiub motor.

Kami kemudiannya menghala ke seksyen 2, kawasan tempat banyak fotostat. Hasil daripada survey di sekitar kedai-kedai fotostat, kami dapati paling cepat siap pun pukul 7 malam. Memang tak dapat le, sebab aku nak balik awal. Jadi, aku batalkan niat aku.

Faiz kemudian meminta untuk mengundurkan diri, bertemu dengan emaknya yang telah tiba di Shah Alam.

Qadir membawaku berjalan-jalan sekitar Seksyen 7 - satu, untuk melawat Academic Book Avenue (ABA), dua, untuk menunjukkan aku rumah-rumah sewa sahabat-sahabatku yang lain.

Malangnya, ABA tutup. Mungkin kerana cuti umum agaknya.

Kami kemudian mengambil keputusan ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. First time aku datang. Aku kagum dengan penggunaan tiang lampu mini selang beberapa minit di setiap saf, kinda new to me. Masjid tu besar gila! Fuhh.
  
 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz with mini Qadir on the phone

Seperti yang dirancang, kami bercadang untuk pergi bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain di plaza. Memandangkan plaza banyak di Shah Alam, aku dengan tanpa menanya Qadir,memasang GPS dan menaip 'Plaza Shah Alam'. Aku terus memandu ke sana.

Dari masjid tersebut, GPS membawa kami kepada satu roundabout besar. Ketika aku berada di roundabout tersebut, Qadir bersuara,

"Ziz, kalau masuk sini, bangunan kuning tu PAS," tunjuk Qadir ke arah susur keluar yang pertama.
"Oh, ye ke?" Aku kembali fokus pada jalan selepas menoleh arah yang ditunjukkan Qadir.
"Ramai datang sana. Situ bowling ada. Em, GPS ni boleh percaya ke?"
Aku dalam hati, "Eh, tempat politik pun ada bowling ke? Huish." Kemudian, aku menjawab soalan Qadir, "Boleh. Aku first time pergi Perak, ikut GPS kot."
"Alah, Perak jalan terus je," jawab Qadir seraya aku memasuki susur keluar yang ketiga.
"Tapi, still, it's reliable."

Sebelah kiri kami terdapat bangunan Plaza Shah Alam.

Tanda arah berwarna merah itu jalan yang kami lalui.
[Sumber: Google Images]

Aku terus bergantung pada GPS untuk sampai ke MASALAM atau nama penuhnya Plaza Shah Alam. Kemudian, Qadir bertanya,

"Aziz?"
"Pe?"
"Dorang semua katne?"
"Plaza Shah Alam kan?"
"Confirm?"
"Ntah. Kol depa."

Setelah menghubungi mereka, rupa-rupanya, mereka di Plaza Alam Sentral =_= Aku pun tutup GPS lalu meminta Qadir tunjuk jalan.

"Qadir, mana Plaza Alam Sentral?"
"PAS? Kat exit keluar yang aku tunjuk tadi le."
"Lah, PAS itu ke yang kau dok sibuk tadi. KK." Silly me :D

Sebaik sahaja sampai di basement parking, sahabat-sahabat yang menunggu giliran main boling kat PAS mahu pergi ke Ole-Ole di Seksyen 18. Aiyo.

Ole-Ole Shopping Mall 
[Sumber: Google Images]

Di sana, aku bertemu dengan Syah berhampiran pusat karaoke. Kemudian, aku berjumpa Daus dan Fahmi. Kemudian, aku pergi melawat mereka yang sedang di tempat boling. Aku bertemu dengan Faizi, Faiz dan Acap di sana.

Menjadi satu kelegaan dapat tengok muka mereka semula ;)

Dari kiri: Qadir, Faizi, Faiz dan Acap

Mana yang lain-lain? Menurut mereka bertiga, mereka yang lain berada di pusat karaoke. Aku yang sudah berasa lemas dan pening dalam kompleks itu mengajak Qadir keluar dari situ. Qadir pun menyatakan perkara yang sama. Sedang duduk-duduk di luar kawasan kompleks, Faizi menelefon Qadir, mengajak kami berdua untuk bermain boling. Kami setuju saja.

Kami dapati sahabat-sahabat yang karok sudah tiba di pusat boling. Lengkap dengan nama mereka, qadir dan aku di skrin markah boling. Talk about being quick in doing everything!


Game pertama dimenangi oleh Faiz dengan teknik baling bola boling yang mampu memecahkan pin dan alley boling. HAHA.

Game kedua dimenangi oleh Jiha dengan semangat untuk menang dan tuah yang SANGAT TINGGI! Always jatuhkan pin 8 pin setiap kali dua cubaan.

 Dari kiri: Mahirah, Jiha, Daus, Acap, Faizi, Amer, Qadir, Acap, Faiz. Syah takde.

Kami kemudiannya berpecah selepas selesai bermain boling. Pening aku semakin teruk ketika itu. Ditambah dengan lesu satu badan. Aku rasa semua ini sebab aku skip lunch and even makan petang. Qadir cadang kami makan di seksyen 7.

Selepas menelefon mereka yang duduk di seksyen 7 itu untuk makan malam bersama, kami makan di kedai apa-ntah-namanya (tapi ada perkataan Umi pada nama restorannya). Murah dan sedap! Aku pekena Tomyam Campur + Nasi Putih + Milo Ais. RM 5.50.












Dari kiri: Daus, Acap, Qadir dan Fahmi






Dari kiri: Amer, Faiz, Faiz, Jiha, Faizi, Daus, Acap (Qadir dan Fahmi)

Kata mereka, belajar pada tahap Degree ni seronok, tapi lecturer akan tetapkan high expectation pada kita, maklumlah pelajar Degree kan? Di sini, usaha untuk memperbaiki diri untuk sangatlah mencabar. Kalau kita tak join mana-mana event atau organisasi, kita mudah sahaja hanyut dengan suasana hidup di Shah Alam ini. Tak lupa juga, kerjasama antara kawan-kawan memainkan peranan penting dalam pembentukan corak kehidupan kat sana.

Ragam lecturers pulak banyak. So, tahan and make the best of it.

Fahmi pula ajar cara nak kolam (hancurkan fountain). HAHA. I like. Kami sibuk cerita Defence of The Ancients (DoTA) dan Heroes of Newearth (HoN) walaupun aku tak main HoN pada asasnya.

Memandangkan dah lewat malam-aku pun dah pening dan mereka pun ada assignment data analysis yang perlu dihantar, kira-kira pukul 11 malam kami pulang ke rumah masing-masing.

Itu saje untuk aktiviti pada 11 April 2012. Semoga kami berjumpa lagi!

Assalamualaikum.

P/S: Memandu sambil mengantuk menyebabkan kita tidak fokus dan membahayakan semua pihak yang berada di jalanraya. Lebih baik kita berhenti dan rehatkan diri dulu :)

No comments:

Post a Comment