Persona 4

  • 4
Assalamualaikum.

Memiliki kuasa untuk menyelamatkan/ memusnahkan sesuatu sangatlah cool! Kalau time dulu-dulu, tonton kartun seperti Dragonball, Batman, Kamen Rider dan Power Rangers kat TV memang cukup menerujakan aku. It's fun to see people battle with the dark side for the sake of protecting others and preserving their principles of life.

So, dalam cuti ni, aku cuba cari anime yang ada kuasa-kuasa dan battle stuffs. Recalling the pictures of Persona 4 kat dalam Gempak Starz gerakkan hati aku untuk memiliki koleksi penuh anime Persona 4 bersirikan 25 episod - sebuah adaptasi daripada game tersebut.

Antara karakter-karakter dalam Persona 4
[Sumber: Google Images]

Persona 4 sebenarnya merupakan sebuah game RPG bagi konsol permainan Playstation 2 ciptaan Atlus. Game ni merupakan salah satu installments daripada siri game Shin Megami Tensei (True Goddess Reincarnation/ Dewi Kelahiran Semula yang Sebenar).

Dalam cerita ni, si hero ni Narukami Yu membuat kawan dengan menyelamatkan kenalan-kenalan dia yang terperangkap dalam dunia TV. Setiap kali dia nak selamatkan, mangsa akan bertarung dengan personaliti terpendam diorang which are mostly the dirty truths.

Bila tengok karakter-karakter tersebut juga menafikan hakikat diri mereka, the hidden personalities tu jadi lebih kuat dan mencederakan diri mangsa tersebut. They got fed by the words 'You are not me!'





Sedutan daripada Episod 1: Persona 4 (Narukami seru Izanagi, Personanya)

Dalam cerita ni, mangsa-mangsa dalam cerita tu berjaya atasi masalah tersebut dengan sokongan daripada rakan-rakan dan seterusnya belajar untuk menerima dengan hati terbuka yang personaliti buruk itu juga sebahagian diri mereka. 

Kalau boleh bagi rating, aku kasi 5/5! Seronok sangat!

Apa-apapun, untuk setiap perkara yang kita buat, kita perlu mengambil ikhtibar daripadanya atau perkara tersebut dikira sia-sia kan? So, berikut merupakan pengajaran yang aku dapat daripada animasi Persona 4 (baru tengok sampai episod 15 je).
  1. Selalulah bersikap jujur dengan diri
  2. Kawan mempunyai pengaruh yang kuat pada diri kita
  3. Andai kita keliru dengan diri kita, tanyakan perihal tersebut kepada orang-orang yang dipercayai bagi meminta bantuan
  4. Populariti bukanlah segalanya
  5. Hero tak semestinya hyper active dan kuat makan e.g. Naruto dan Luffy
  6. Jadilah diri sendiri supaya kita tidak letih berpura-pura
  7. Bersahabat biar sampai ke syurga dengan bersahabat kerana Allah
  8. Niat dan perancangan itu jantung dan hati kepada usaha-usaha yang dilakukan
  9. Hubungan yang baik itu menyenangkan
  10. Sahabat yang baik tidak menghukum, tetapi memudahkan sahabatnya yang lain ke arah yang lebih baik seandainya sahabatnya itu sudah melakukan kesilapan
Sebelum aku menamatkan entri ini, mari kita berfikir sejenak dengan diri kita dengan menanyakan diri kita dengan soalan "Adakah aku tergolong dalam sahabat yang memberi kebaikan atau keburukan pada sahabat-sahabat aku yang lain?" Mudah-mudahan Allah bimbing kita menjadi golongan yang pertama. Amin.

Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Must eat a LOT to defeat the bad ones!!!!
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. eating too much make me slower and getting beaten all the time nnti =.=

      Delete
  2. Wait, did you said Persona 4 in GemapkStarz ?! Seriously, what issue is it ?!?! Tell me pls ! Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Shin Megami Tensei. The one that GempakStarz has reviewed :)

      Delete