Cita-cita

  • 2
Assalamualaikum.

All successful people men and women are big dreamers. They imagine what their future could be (John Mason)

Semua orang yang berjaya ialah orang-orang yang bercita-cita besar. Mereka bercita-cita tentang apakah masa hadapan mereka. Ayat tersebut merupakan terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Cita-cita itu pendorong bagi diri kita untuk melakukan sesuatu yang ingin dikecapi. Cita-cita itu berbeza daripada setiap seorang. Cita-cita itu lebih kurang sama sahaja seperti angan-angan, tetapi cenderung kepada lebih praktikal dilaksanakan.

Jadi, mari kita semak semula, apakah cita-cita kita sekarang?

Mahu menjadi ibu bapa yang berkaliber? Bercita-citalah!

Mahu menjadi mukmin yang tidak jemu mencari keredhaan Allah? Bercita-citalah!

Mahu mengecap 4.0 GPA dalam peperiksaan semester? Bercita-citalah!

Mahu bersedekah kepada golongan yang memerlukan dalam jumlah yang banyak? Bercita-citalah!

Mahu jadi top scorer dalam sukan? Bercita-citalah!

Cita-cita itu subjektif. Tiada hadnya. Cita-cita itu ibarat kita menyediakan sebidang tanah, usaha itu ibarat kita membajak tanah, doa itu ibarat pengharapan agar hasil usaha kita berbalas dan tawakal itu membuka ruang kepada diri untuk redha akan ketentuanNya.

Anda mahu, anda usaha. Sekiranya cita-cita kita mencakupi seluruh umat dan perlukan jangka masa panjang untuk merealisasikannya, maka biarkan ia begitu. Biarpun kita tidak merasai output payah jerih kita, generasi seterusnya insyaAllah bakal merasainya dan mampu mencipta lebih kebaikan daripadanya.

Beranilah untuk berangan mahupun bercita-cita. Pasangkan pasak niat dalam-dalam. Biarlah berbekas hati itu dengan kobaran api semangat yang menyala sehinggakan tidak senang duduk tidak dapat mengusahakannya. Itu merupakan petanda baik. Yakinlah bahawa Allah akan membuka jalan untuk kita selepas kita sudah berniat dan berusaha menggapainya.

Moga cita-cita itu menjadi pemangkin saham kita di alam fana.

Assalamualaikum.

P/S: Man jadda wajada.

2 comments:

  1. hmm .. mengenangkan nasib diri yg blom ade cita2 lagi

    ReplyDelete
  2. Hazzim: Sama macam aku, after tengok result, hilang arah. Sekarang, aku dah jumpa nak jadi apa :) It takes time, buat sesuatu yang kau suka.

    ReplyDelete