Equation Kehidupan

  • 2

Assalamualaikum.
1 + 0 = 2
2 + 3 = 5
1 + 5 + 2 + 3 + 4 + 3 = 18

Apa signifikannya tertaipnya nombor-nombor ini? Well, tiada ada apa-apa sebenarnya. Cuma,  di sini aku mahu membuat pencerahan tentang kira-kira di atas. Hasil tolak tambah di atas akan kekal sedemikian sehinggalah terdapat perubahan angka di dalam equation tersebut. Tiada perubahan dalam penambahan, penolakan, pendarababan dan pembahagian, maka tiadalah berubah jumlah kira-kira.


Begitulah juga dengan kehidupan.


Kehidupan seseorang yang sama rutinnya tanpa sebarang perubahan, menjadikan seseorang itu kekal statik kedudukannya. Selagi tiada pemboleh ubah yang aktif, kesannya sama sahaja. Malanglah bagi seseorang yang mempunyai keupayaan untuk mengusahakan dirinya ke tahap lebih tinggi tetapi tidak berbuat apa-apa.


Bukankah Allah telah berfirman di dalam Al-Quran, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka” (Surah Ar-Ra’du:11)


Nampak? Di situ sudah terang-terang dinyatakan, pada tangan manusia itu sendiri ada sakti untuk mengubah kehidupannya.


Tambahan, terdapat hadith menyatakan yang bermaksud, “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”. 

Gambar papan tanda di sekolah adik aku, Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan. HAHA.


Allah memberi kita peluang hidup untuk menjalankan tugas kita sebagai hambaNya dan mentadbir muka bumi ini dengan sebaiknya. Biarlah sedikit usaha yang kita curahkan setiap hari bagi merealisasikan matlamat kehidupan tersebut, asalkan kita berusaha membetulkan keadaan diri kita yang mudah leka dan menyimpang. 

Lembutkanlah hati kita dengan motivasi  amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan (istiqamah) walaupun sedikit, sebagaimana maksud sabda Rasulullah. Andai kita terasa down selepas melihat amalan orang lain, simpanlah tekad untuk meningkatkan usaha beramal ibadah. 

Usaha berkualiti itu penting. Manakan sama satu solat sempurna dengan satu solat yang tidak sempurna bukan? Namun, kuantiti itu juga sama pentingnya. Kita tidak sama sekali tahu amalan manakah yang diterima Allah. Itu semua urusan Allah.

Aku tiada lebih baik daripada semua orang. Pasang azam meninggi tetapi tinggal kata-kata gah mengiang di telinga. Banyak juga orang sudah menegur. 

"Aziz, be mature, you are 20 now."
"You can perform better than this."
"You promised that you want to change, yet you still do the inappropriate things. It's like that you are not serious with what you say."

Aku berasa geram juga sebab tak dapat lepaskan tak puas hati. Maklumlah diserang satu belah pihak tanpa berbalas tetapi aku selalu lupa secara rasionalnya, orang sering menegur itu tandanya mereka prihatin pada kita. Mereka mahu kita berada di tempat yang lebih baik, mereka tahu potensi kita. 

Meskipun kadang-kadang rasa jangkaan mereka terlalu tinggi terhadap kita, mengharapkan kita berubah sekelip mata, beringatlah wahai diri ini, jangkaan itu datang daripada kayu aras yang ditetapkan dalam minda separa sedar setelah mereka meneliti peribadi kita. Barangkali kita fikirkan kita mengenali diri sepenuhnya, namun orang sekeliling turut menilai, jadi mereka juga boleh nampak sisi sudut buta yang kita terlepas pandang.

Buat remaja-remaja di luar sana, (aku ni remaja ke kalau 20 tahun? HAHA.), bergembiralah anda bahawa pintu taubat itu sentiasa terbuka seluas-luasnya sehinggalah masa yang telah ditetapkan. Kita masih belum terlambat. Bersyukurlah dengan Allah di atas segala nikmatnya dan berbudilah semula padaNya dengan mentaati suruhan dan meninggalkan laranganNya. 

Apalah sangat sembahyang dua tiga minit kalau nak dibandingkan boleh berjam-jam duduk depan Facebook?

Apalah sangat membaca al-Quran beberapa ayat dalam sehari kalau nak dibandingkan masa kita habis pada bahan bacaan manga/ komik/ surat khabar/ novel dan lain-lain.

Apalah sangat sedekah sekupang dua kalau nak dibandingkan duit yang digunakan membeli top-up sepuluh dua puluh Ringgit?

Apalah sangat hendak iri hati kalau nak dibandingkan nikmat yang tidak putus-putus diterima oleh kita?

Kita boleh memilih untuk mula menggerakkan digit dalam equation kehidupan tersebut sekarang atau kemudian. Namun begitu, pesanlah pada diri, Allah bila mahu tarik nyawa, bila-bila sahaja Dia boleh lakukan. Kita hidup atas ihsanNya. Dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita pulang.

Anda sendiri tentukan.

Berikut ialah video yang membawa mesej khabar baik buat semua orang, oleh Habib Ali.



Assalamualaikum.

P/S: Klik Kembali Pada Tuhan bagi membaca puisi oleh Maulana Jalaluddin Rumi. Ada kena mengena dengan entri ini :)

2 comments: