I Don't Drink Because I'm A Muslim

  • 0
Assalamualaikum.

Sudi luangkan masa 11 saat? Sila tonton video di bawah ini. Video ini dirakam selepas perlawanan Manchester City menentang Newcastle United. City telah menang 2-0 ke atas pihak lawan.



Alhamdulillah. Beliau ialah Yaya Toure, pemain midfielder Manchester City dari Ivory Cost. Beliau seorang Muslim. Sejujurnya, aku kagum dengan menolak pelawaan cara baik Joleon Lescott yang menghulurkan champagne man-of-the-match kepada beliau.

Dengan spontannya, beliau menjawab,

"I don't drink because I'm a Muslim."

Ringkas sahaja, tetapi dalam ayat tersebut kukuh memberikan mesej kepada orang ramai bahawa seorang muslim tidak dibenarkan sama sekali/ haram untuk meneguk arak. Selain itu, dengan gelak tawa Yaya Toure selepas menegaskan pendiriannya, beliau ketawa sambil berlalu pergi. Perbuatan tersebut menunjukkan kita seharusnya berhikmah dalam menyampaikan mesej agama.

Apa yang menariknya dengan pernyataan Yaya Toure ialah pada hari yang sama, Premier League sedang mempertimbangkan cadangan untuk menukar hadiah champagne kepada Man-of-The-Match kepada hadiah yang lain. Moga ditukar menjadi barang halal pulak lepas ni. 

Sumber: Dailymail

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment