Full Time Valuer or Part Time Estate Agent?

  • 5
Assalamualaikum.

Separuh diriku sudah berada di luar pintu ofis ketika Akak Nurul soal aku sesuatu,

"Aziz, kamu nanti nak buat agent full time eh?"

"Er, jadi estate agent part time je Kak. Basically sama je. Full time part time, still kerja juga," terang aku.

"Kenapa kamu tak buat Valuation je? Basic ada. Agent tu side job je?"

"Susah Kak. Jadi valuer pun dah penat pagi tu. Tak larat."

Aku senyum kepadanya dan pulang. Soalan Akak buat aku berfikir panjang. 

"Kenapa aku atur hidup aku sampai macam ni sekali? Takmau rehat ka?" Jawapan menyusul selepas itu.

Dalam tempoh 23/3/2013 sehingga 1/9/2013, aku nak kembangkan skil komunikasi dan rangkaian peribadi dengan lebih besar. Samada jadi valuer atau estate agent, kedua-dua boleh buat bantu aku mencapai matlamat tapi menjadi seorang ejen memberi aku fleksibiliti dalam masa. Maklumlah, tawaran biasiswa dan temuduga untuk undegraduate ada dalam tempoh cuti tersebut.

Kalau kerja sepenuh masa, takkan aku nak ambil cuti setiap kali interview bukan?

Lagipun, dengan jadi ejen hartanah, aku boleh kumpul pengalaman untuk menjalankan rental agent sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran di Shah Alam kelak. Pasaran besar dengan adanya institusi pengajian tinggi bersepah di sana. 

Buat masa sekarang, rancangan aku ialah:
 
1. Sara kos aku sebagai ejen hartanah dengan duit poket sendiri
2. Tetapkan matlamat 1 hartanah 1 bulan minimum
3. Tetapkan lingkungan 20 kilometer radius sebagai kawasan aku untuk bertapak

Fuhh! Gila. Cita-cita ini memang luar daripada comfort zone aku. Apa-apapun, bagi aku, mencuba sesuatu baru memang banyak risiko, tapi di situlah peluangnya.

Doakan aku.

5 comments: