Satu Saat yang Boleh Mengubah Kehidupan Kita Buat Selamanya

  • 0
Assalamualaikum.

Seringkali terdapat kehendak yang tertahan disebabkan kita membiarkan kebarangkalian bermain di fikiran kita, sampaikan terlepas waktu untuk melaksanakannya pada waktu yang tepat.

Aku juga begitu. Menyesal itu ada. Tapi rentetan daripada keputusan tersebut membentuk diri aku sekarang. Kekesalan menjadi kesyukuran. Itu yang terbaik. Dan kita gunakan apa yang ada untuk membina masa hadapan yang lebih baik. 

Namun, apabila tiba sahaja peluang yang berkemungkinan menjanjikan kehidupan yang lebih baik, aku akan mendapatkannya! Sebab mana tahu dalam risiko itu terdapat peluang. 

Walau apapun, sebagai seorang hambaNya, template untuk masuk syurga ialah dengan mengikuti sunnah Rasulullah. Jadi, buatlah keputusan yang berlandaskan syariat dan marilah kita mengejar keredhaanNya!

   

Satu saat yang mengubah segalanya. A great video indeed!

No comments:

Post a Comment