Membeli Hartanah Secara Tunai Atau Dengan Pinjaman / Pembiayaan dari Bank?

  • 0
Assalamualaikum.

Aku dan kawan-kawan ketika sedang minum petang, kami ada berbincang tentang hartanah. Salah satu persoalan yang mereka tanyakan kepada aku ialah

Bagi setiap pinjaman perumahan, pihak bank mengenakan faedah / interest ke atasnya. That's how the banks make their money. Sebagai seorang Muslim, bukankah diharamkan ke atas kita untuk terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan riba? Adakah ini bermaksud kita tidak dibolehkan meminjam wang dari bank dan wajib membeli rumah dengan tunai semata-mata?

Soalan yang cukup legit. Aku menjawab soalan mereka berdasarkan apa yang aku tahu.

Sekarang instrumen kewangan yang kita ada sememangnya ada unsur interest and such. Mahu atau tidak, kita tidak dapat lari dengan sistem tersebut. Melalui pembacaan aku, keadaan ini dianggap darurat dan dibolehkan memohon pembiayaan dari bank untuk membeli hartanah selagi mana seseorang itu menggunakan pembiayaan Islamik. 

Penting untuk seorang Muslim untuk membezakan yang mana konvesional dan yang mana Islamik. Di Malaysia, konvesional kita gunakan istilah pinjaman manakala Islamik kita gunakan istilah pembiayaan.

Kawan aku kemudian ada yang menyatakan pandangannya bahawa pembiayaan Islamik itu sama seperti pinjaman konvesional. Cuma dijenamakan semula sebagai Islamik.

Meskipun kedua-duanya kita memperoleh wang dari bank, tidak bermakna mekanisme cara kita mendapatkan wang tersebut sama. Kedua-duanya bergerak secara berbeza.

Dalam situasi pembeli ingin membeli rumah dari penjual:


  • Pinjaman Konvesional
    • Pembeli meminjam wang dari bank untuk membeli rumah tersebut.
    • Bank mengenakan faedah ke atas pinjaman yang kita lakukan dengan pihaknya.
    • Pembeli wajib bayar secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pembiayaan Islamik
    • Bank membeli rumah yang pembeli inginkan terlebih dahulu.
    • Kemudian, bank menjualkan semula kepada pembeli dengan harga dan jangka masa yang ditetapkan.
    • Pembeli wajib bayar secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan.
Kedua-dua mekanisme ternyata berbeza. Pembiayaan Islamik itu sememangnya seperti urusan jual beli yang selalu kita lakukan.

Perbincangan kami itu berterusan sehinggalah kami masing-masing bersependapat bahawa penerimaan penggunaan pembiayaan Islamik untuk membeli hartanah terpulang kepada diri masing-masing. Senang cerita, kalau ragu-ragu, tidak perlulah ambil. Mudah.

* * * * * *

Di Facebook pula, isu ini menjadi hangat semula apabila seorang usahawan menyatakan pandangannya tentang topik ini. Aku akhiri entri kali ini dengan embedded Facebook statuses mengenainya. Doakan kita diberikan pencerahan.

Pro Beli Hartanah Secara Tunai

[Nasihat Khalif Samsudin (CEO Bella Ammara) Untuk Belia Yang Ingin Membeli Rumah Di Malaysia]"Biarlah kita menyewa...
Posted by Khalif Samsudin on Friday, December 25, 2015

[Nasihat Berkaitan Pinjaman Perumahan Berteraskan Riba Terselindung]Di dalam Islam, transaksi jual beli di dalam...
Posted by Khalif Samsudin on Sunday, December 27, 2015


Pro Beli Hartanah Secara Pembiayaan Islamik

10 SEBAB KENAPA ANAK MUDA PERLU BELI RUMAH? 1. 1 Rumah, 1 AnakSalah satu punca kenapa ramai yang membuat "personal...
Posted by Nasihat Kewangan on Saturday, December 26, 2015

Kenapa perlu beli Rumah waktu muda=============================Saya beli Rumah ni waktu umur Saya 24 tahun. Monthly...
Posted by Khairul Ezuwan on Saturday, December 26, 2015



... dan status paling jatuh kepada *drum roll* Pakdi!

Anak Muda Jangan Beli Rumah ?.Jedi percaya Anakin Skywalker adalah The Chosen One.Seseorang yang dapat membawa...
Posted by Suzardi Maulan on Saturday, December 26, 2015

No comments:

Post a Comment