Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

  • 0
Assalamualaikum.

Sejak kebelakangan ini, kawan-kawan sebaya aku (24 tahun) banyak melangsungkan majlis pertunangan dan pernikahan mereka. Mereka juga ada yang menjemput melalui kad dan ada juga yang menggunakan kemudahan media sosial sepenuhnya. Dalam memenuhi jemputan tersebut, aku akan pergi apabila lapang masa dan tiada aral melintang pada tarikh majlis-majlis tersebut.

Kalau ada teman, insyaAllah aku pergi. Setakat ini, sekitar Gombak, Kelantan, Terengganu, Johor masih lagi pergi - itupun sebab ada kawan-kawan yang sudi kongsi kos ke sana. Kalau berseorangan, memang tak dapatlah.

Bila orang sekeliling sedar yang aku sering ke majlis perkahwinan rakan-rakan, most of them berkata, "Rajin betul kau ye? Ada apa-apa ke ni?" Setiap kali diajukan soalan tersebut, aku jawab ayat yang sama "Dah orang jemput." Kadang-kadang, diselang seli dengan jenaka "Saje, ambil tempias orang kahwin."

Ada juga yang mempersoalkan niat aku menghadiri majlis tersebut. Ada seorang kawan aku yang cakap,

"Kau kalau pergi majlis diorang ni, confirm ke diorang datang majlis kau? Kau kena make sure yang diorang datang. Kau datang dari jauh kot!"

That kind of question sememangnya membuat aku terfikir. Sejujurnya aku hadirkan diri bilamana aku rasa nak pergi dan tiada halangan kos. No more no less. Tak pernah terlintas expect diorang balas semula dengan menghadiri majlis aku. Dalam keadaan aku sekarang, entah ada majlis tersebut akan berlaku pada masa akan datang ini.

Aku yakin niatnya baik bila bertanyakan soalan tersebut. Aku anggap itu cara Allah suruh aku semak niat aku menghadiri majlis-majlis tersebut dan do something about it - bila nak ada majlis sendiri? Haha.

Apa-apapun, I will be attending lots of wedding ceremonies this year and I pray for all future husband and wives and even the newly weds to be living happily ever after 😁

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Post a Comment