Keselesaan dan Penampilan Diri

  • 0
Assalamualaikum.

Bila bercakap tentang jenama pakaian yang aku setia, aku tanpa ragu-ragu akan menjawab jenamanya ialah Alain Delon.

Semuanya gara-gara sewaktu memilih seluar slack bagi kegunaan ke kuliah di universiti, seluar jenama inilah yang ada saiz aku, tidak cepat melekat bulu kucing dan selesa fabriknya, kena dengan keadaan kulit aku.

Letak ke tepi kisah di atas, aku di sini ingin bercerita tentang pengalaman membeli baju kemeja di Wangsa Maju semalam. Dengan berbekalkan baucar Aeon RM100 dan duit gaji, aku membeli 2 baju di sana.

Apa yang menariknya adalah ketika aku ingin memilih saiz baju yang ingin dibeli.

Sekiranya aku ingin berasa sedap memakai, aku boleh memilih saiz 17 (XL) namun bahu baju itu akan jatuh sedikit dari bahu. Bagi saiz 16.5, badan aku muat sedang-sedang tetapi kedudukan bahu baju tersebut jatuh lebih ideal berdekatan dengan tulang bahu. Seterusnya, saiz 16 (L) bahu bajunya memang jatuh pada tulang bahu tetapi bajunya dirasakan agak ketat.

Aku mula membuat percaturan dalam minda. Nak selesa sekarang, aku akan korbankan penampilan aku untuk jangka masa panjang dan sebaliknya. Kemudian, aku membuat keputusan untuk membeli baju-baju saiz L.

Aku gembira dengan pilihan yang aku buat. Bagi memastikan aku selesa dengan baju ini, nampak gaya aku wajib kecilkan perut dalam masa terdekat! Doakan aku ya wahai pembaca. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment