Ignorance is Bliss

  • 1
Assalamualaikum.

Maksud pepatah di atas ialah tidak mengetahui sesuatu perkara adalah lebih baik berbanding mengetahuinya dan risau akannya. 

Dalam hidup bermasyarakat, mengetahui keadaan semasa jiran itu perlu namun tidak perlu sampai sibuk mengetahui rahsia peribadi seseorang. Secara amnya, kita perlu menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dalam pengetahuan kita kerana semua orang berhak untuk hidup gembira macam kita.

Dalam menuntut ilmu pula, ilmu perkara baik perlu diamalkan manakala yang buruk perlu dijadikan panduan, sekadar untuk mencegahnya. Sekiranya seseorang itu tahu akan sesuatu ilmu, dia bertanggungjawab untuk mengamalkannya kerana nanti kita akan dihisab dengan pertanyaan, apa yang kita buat dengan ilmu tersebut. Ibadah terutamanya.

Kadang-kadang ada betulnya lebih mudah untuk tidak tahu akan sesuatu kerana kita tidak akan dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu yang kita tahu, namun ada juga perkara yang kira akan dikira bersalah walaupun kita memang tidak mengetahuinya. Dalam keadaan ini, kita dikira tidak cuba mengambil tahu akan sekeliling kita. Contoh: pengambilanbalik tanah. Bila notis dan warta sudah dikeluarkan kepada orang ramai, orang yang bertanggungjawab menghebahkan maklumat ini telah sedaya upaya menghubungi kita (tuan tanah), dia dikira telah melakukan tanggungjawabnya dan proses tersebut akan diteruskan walaupun tuan tanah pada ketika itu tidak mengetahuinya.

Senang kata, ketahuilah apa yang wajar kita tahu walaupun diri ini ingin berlepas daripada perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan kita. Walaubagaimanapun, ada juga perkara yang perlu tidak dieendahkan atas sebab mengekalkan hati dalam  tenang dan tidak dilanda kecelaruan emosi.

Assalamualaikum.

P/S: Berterabur struktur ayat aku di atas. Nampak gaya aku perlu perkemaskan kelancaran isi perenggan lagi  dengan menulis penerangan yang lebih mudah dan berkaitan.

1 comment:

  1. On the flip of the coin, there is this saying "A little knowledge is a dangerous thing" which means a small amount of knowledge can mislead people into thinking that they are more expert than they really are.

    ReplyDelete