Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Lutut Tergeliat

  • 0
Assalamualaikum.

Lutut aku tergeliat semasa bermain futsal malam semalam. Semuanya gara-gara tapak kasut melekat di gelanggang dan bahagian atas badan aku telah bergerak ke kiri manakala bahagian bawah piggang aku masih berada di tempat yang sama.

Aku cukup pasti yang lutut aku telah bergerak. Sayang sekali tidak dapat bermain dengan baik selepas itu. Pagi ini, bahagian yang tercedera itu membengkak. Jadi, aku ambil peluang untuk pergi ke klinik bagi meng-x-ray kaki kiriku. 

Sesudah tiba di kawasan klinik, aku lihat terdapat kawan-kawan aku yang berada di kedai mamak bersebelahan klinik dan inilah hasilnya yang dimuat naik ke dalam media sosial 😂



Diminta menggayakan watak pengemis, pada awalnya aku memang keras lakonannya. Kemudian mereka membiarkan aku membuat gaya bersahaja. Dalam keadaan selesa, gambar di bawah ternyata tampak semulajadi.



Bila pergi ke klinik sesudah lepak, aku diberitahu perkhidmatan x-ray tidak disediakan pada hari minggu. Alamak, nampaknya tuam sahajalah lutut ini dengan ais - menyurutkan bengkaknya. InsyaAllah. Doakan kesihatan aku bertambah baik.

Assalamualaikum.

Keselesaan dan Penampilan Diri

  • 0
Assalamualaikum.

Bila bercakap tentang jenama pakaian yang aku setia, aku tanpa ragu-ragu akan menjawab jenamanya ialah Alain Delon.

Semuanya gara-gara sewaktu memilih seluar slack bagi kegunaan ke kuliah di universiti, seluar jenama inilah yang ada saiz aku, tidak cepat melekat bulu kucing dan selesa fabriknya, kena dengan keadaan kulit aku.

Letak ke tepi kisah di atas, aku di sini ingin bercerita tentang pengalaman membeli baju kemeja di Wangsa Maju semalam. Dengan berbekalkan baucar Aeon RM100 dan duit gaji, aku membeli 2 baju di sana.

Apa yang menariknya adalah ketika aku ingin memilih saiz baju yang ingin dibeli.

Sekiranya aku ingin berasa sedap memakai, aku boleh memilih saiz 17 (XL) namun bahu baju itu akan jatuh sedikit dari bahu. Bagi saiz 16.5, badan aku muat sedang-sedang tetapi kedudukan bahu baju tersebut jatuh lebih ideal berdekatan dengan tulang bahu. Seterusnya, saiz 16 (L) bahu bajunya memang jatuh pada tulang bahu tetapi bajunya dirasakan agak ketat.

Aku mula membuat percaturan dalam minda. Nak selesa sekarang, aku akan korbankan penampilan aku untuk jangka masa panjang dan sebaliknya. Kemudian, aku membuat keputusan untuk membeli baju-baju saiz L.

Aku gembira dengan pilihan yang aku buat. Bagi memastikan aku selesa dengan baju ini, nampak gaya aku wajib kecilkan perut dalam masa terdekat! Doakan aku ya wahai pembaca. Terima kasih.

2 Tahun Dari Sekarang

  • 0
Assalamualaikum. 

Pada tahun 2017, aku akan mencecah umur 25. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, aku sudahpun setahun setengah melengkapkan buku log untuk menjadi penilai berdaftar. Aku bayangkan diri aku sudahpun membeli sekurang-kurangnya 

  • satu rumah pelaburan rumah pangsa kos rendah dan 
  • 5 hartanah sublet berdekatan dengan kawasan tempat tinggal
Ketika itu, aku telah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM20,000 ke atas. RM20k untuk perkahwinan semata-mata, aku anggap, gila. Haha. Memang betul kita menjamu makanan tetamu seiring memberitahu orang ramai yang kita sudah kahwin tetapi it is kinda a waste?

Berbalik kepada kerjaya, insyaAllah ketika itu, ahli-ahli kumpulan registered valuers wannabe daripada batch aku sudahpun membentuk networking yang kuat dan insyaAllah pengalaman yang bernilai. Kelakar memikirkan kenangan ini, maklumlah idea kumpulan ini terbentuk beberapa hari selepas tamatnya peperiksaan semester 6. Mengikut perancangan, kami akan liaise dengan lecturer sebagai penasihat bagi group ini. 

Bagi budak-budak Gombak ini pula, aku ingin berpakat dengan mereka untuk membeli dan mengusahakan hartanah sama-sama. Kami mulakan dengan pendedahan awal. Sekurang-kurangnya aku tanam azam untuk mereka ini memiliki sekurang-kurangnya satu hartanah sebelum berumur 30. Paling tidak pun, kami semua celik pengurusan kewangan. Takmaulah asyik cakap pasal Counter Strike sahaja. Hehe.

Paling utama, keluarga aku. By the time of 2017, aku doakan aku memiliki kebolehan memasak, mengurus, menjaga ahli-ahli keluarga dengan baik. Sebagai anak sulung, kenalah ambil berat tentang kebajikan ibu bapa dan adik beradik. Apa guna hidup sendiri berjaya kalau keluarga yang kita membesar sama-sama terkontang kanting? In the end, redha ibu bapa itu penting untuk mencapai redha Allah bukan?

The ideal time to begin my plan was years before actually, second is right NOW! Hehe. Got to go. Aku perlu uruskan perniagaan buku-buku @afeksibuku di Instagram. Pembaca yang berminat untuk mendapatkan buku, tekan perkataan AFEKSIBUKU ini. Lepas go through, bolehlah whatsapp terus ke 0139094469 untuk tempahan. Hehe.

InsyaAllah, I will be fine :) Babai. Assalamualaikum.

Separuh gelisah, separuh teruja

  • 0
Assalamualaikum.

Tajuk entri kali ini sekiranya di-Englishkan ialah 'Half Nervous, Half Excited'. Aku berkira-kira samada hendak menggunakan perkataan gementar atau gelisah. Aku rasa kedua-dua maksud perkataan tersebut merujuk kepada perasaan cuak, tapi gelisah ini level cuaknya lebih tinggi berbanding gelisah. Lol menyimpang dari content yang aku nak taipkan kali ini.

* * * * * * * * * * * * * * *


Semuanya bermula dengan post ini di group facebook kami. Faiz mengajak kawan-kawan MRSM Kuantan yang berdekatan dengan Shah Alam untuk bermain futsal bersama-sama. 


Perancangan awal:
Tarikh: 21/3/2015 (Sabtu malam Ahad)
Masa: 10-12 malam
Tempat: Gelanggang futsal U One Bukit Raja

Ajakan ini mendapat respon yang sangat baik daripada kami semua sehinggakan yang bersetuju untuk hadir pada malam itu 25 orang. Cukup untuk 5 team 5 sebelah.

Perancangan yang dipinda:
Masa: 10 malam - 1 pagi

It's a freaking long 3 hours. Lama gila. Tapi bila difikirkan semula, kami dah lama tak berjumpa, jadi apa salahnya kan?

Aku rasa cuak memikirkan tanggapan awal mereka terhadap aku sesudah sampai nanti. Aku di Kuantan boleh dikatakan rarely sentuh bola futsal memandangkan mereka dahulu selalu mendominasi gelanggang tersebut. Lengkap dengan dribble bagai. Itu pasai kenapa aku main bola tampar dan bola keranjang dulu. HAHA. 

Bila diingatkan semula yang Ayah selalu membawa aku bermain futsal sejak tingkatan 2 sehinggalah sekarang (9 tahun tu!), aku berasa agak yakin dengan kemampuan aku untuk bersama-sama mereka di gelanggang.

Aku bertolak ke Shah Alam dari Gombak selepas Maghrib kerana aku sangka event bermula 9 malam. I have never been so wrong. Sampai sejam awal di Shah Alam, aku gunakan masa tersebut untuk berfikiran positif. Maklumlah, mereka yang hadir kali ini kencang-kencang power main futsal. Banyaknya mewakili fakulti masing-masing.

Sekitar pukul sepuluh, aku tiba di U One. Aku lihat Hafizan sahaja yang sudah sampai, menanti di tepi tangga. Aku ingatkan dia tak cam aku, alhamdulillah, sangkaanku meleset. Itulah pentingnya aktif di Facebook menggunakan nama sebenar. HAHA.

Kemudian, seorang demi seorang datang. Janggal sungguh rasanya. Kawan-kawan yang berasal dari Terengganu dan Kelantan yang tiba dahulu. Mana pula orang KL, Selangor dan Pahang ni? -.- 

Apabila semuanya sudah hadir, aku lihat semua masih seperti dulu, badan maintain dan ada yang dah berketak-ketak. Aku rasa aku seorang je dah menggemuk T_T Faris Hadi yang selalu berjumpa ketika aku diploma di Perak pun terkejut. Badan aku ketika di degree Shah Alam lagi besar! Ada yang tanya apa sudah jadi? Sudah tentu alasan tak jaga makan yang digunakan. 

Aku mendapati kawan-kawan aku ini majoritinya mengambil kursus kejuruteraan dan belajar di UiTM Shah Alam. Aku pula seorang sahaja FSPU yang masih belajar. Aiseh.

10.20 malam, it's a kick off. 

Aku memilih untuk menjadi keeper sepanjang berada di gelanggang tersebut kerana beberapa faktor, 

1) aku tak reti nak participate dalam offense, 
2) stamina aku out,
3) aku nak evaluate their strengths and weaknesses dulu, dan
4) kaki kanan aku masih belum pulih sepenuhnya

Mampuih la nak kena skill bagai sepanjang game aja.

Kami gunakan format 7 minit satu perlawanan, 5 sebelah dan king stay. Terima kasih Ayah kerana pinjamkan hon dan jam. Jumaat depan Abanglong pulangkan balik. Memang teratur perlawanan tersebut.

Sepanjang perlawanan tersebut, memandangkan hanya 19 orang sahaja yang bermain (Arif sakit kaki), tiada kumpulan yang tetap ahlinya. Kumpulan yang aku sertai yang jadi King selalunya offense level dan chemistry memang tinggi. Aku mesti take note perkara ini untuk game-game yang akan datang.

Pengalaman manis aku ketika berada di dalam gelanggang selain dapat bermain bersama-sama dengan kawan-kawan lama ialah 

1) dapat selamatkan bola yang bertalu-talu datangnya dari kiri dan kanan. It costs my palms and fingers to be numbed. 


2) dapat menjaringkan gol menggunakan weak foot (kaki kiri) dari kotak D aku. It was a shot which curved into the top left area of the opponent's goalpost. It was indeed a 70-30 goal. HAHA.

Kami tamat bermain pada pukul 1.20 pagi. Barai.

Pada pendapat aku, it's a good event sebab jarang dapat gather ramai-ramai macam ni, selain dapat bersuka ria, kami dapat bina chemistry semula yang berguna untuk kekalkan ikatan persahabatan dan event akan datang terutamanya SPKG.

It was a great night dan kami sempat mengambil gambar sebelum beredar pulang.


ATAS (dari kiri): Izzat, Arif, kawan Wazien, Aziz, Tok Cha/Ilham Fahmi, Faris Hadi, Hanif, Asri.

TENGAH (dari kiri): Pake/Syauqie, Wazien, Naim, Fairul, Ikmal, Arif

BAWAH (dari kiri): Syariman, Matpek / Zul Fahmi, Dekpih / Wan, Faiz Azlan, Fashan, Hafizan, Ammar

Terima kasih kawan-kawan. Semoga kita berjumpa lagi :D

Bermain CASHFLOW® untuk Keluar Dari Rat Race - Rich Dad

  • 0
Assalamualaikum.

Robert Kiyosaki merupakan penulis buku kewangan Rich Dad Poor Dad. Beliau juga mengeluarkan permainan papan Cashflow untuk membantu orang ramai untuk celik kewangan dan seterusnya mencapai kebebasan kewangan.

Bagi mereka yang ingin bermain permainan ini secara on-line, mereka boleh akses permainan tersebut di CASHFLOW®Classic.

Dalam permainan ini, terdapat dua cara untuk menang; pertama adalah dengan menunaikan impian yang pemain pilih pada awal permainan dan kedua adalah dengan menggandakan pendapatan sampingan sebanyak 10 kali ganda selepas keluar dari rat race.

Buat mereka yang tertanya apa itu rat race, ia adalah satu situasi di mana kita melakukan perkara berulang kali demi mendapatkan ganjaran yang sedikit. 

Contohnya, kita seringkali menempuh kesesakan lalu lintas berpuluh-puluh minit semasa pergi dan pulang dari tempat kerja  sedangkan gaji yang diberikan tidaklah setimpal dengan masa yang terbuang di dalam kenderaan. Tak ubah macam tikus yang berlari-lari di dalam roda, berpusing-pusing mengejar keju di depan mata.

Itulah yang cuba digambarkan di dalam permainan ini. Dalam membina portfolio untuk keluar dari rat race, pemain akan membaling dadu untuk bergerak dari petak ke petak yang lain yang membentuk bulatan. Berdasarkan pengamatan aku, bentuk tersebut tak ubah seperti rat race.

Setiap warna petak mempunyai fungsi tersendiri.

HIJAU - Petak memiliki peluang untuk membeli dan menjual saham/ hartanah dan lain-lain aset serta peristiwa-peristiwa lain yang mempengaruhi corak permainan
UNGU - Petak kenaikan/ melangsaikan tanggungan
BIRU - Petak menjual aset pada kadar yang tinggi
KUNING - Petak memperolehi gaji
JINGGA - Petak untuk menderma 10% daripada jumlah gaji dan memperoleh dua dadu untuk dibaling untuk 3 giliran berikutnya

Laluan panjang di luar bulatan itu pula ialah laluan yang akan digunakan oleh pemain selepas memiliki RM5000 pendapatan pasif. Ketika itu, pemain perlu membaling dadu untuk tiba di petak impian berwarna ungu yang mempunyai token warna pemain dan membelinya ataupun memiliki 10 kali ganda pendapatan pasif yang sedia ada.

Selepas bermain permainan ini, aku belajar beberapa perkara mengenai kewangan.

  1. Dalam saham, kita perlu beli ketika harganya rendah dan menjualnya semula ketika harga sedang mahal.
  2. Dalam hartanah, kita perlu membeli hartanah yang memiliki aliran tunai/ cashflow yang positif. 
  3. Setiap orang memerlukan strategi untuk menang yang berbeza. Contohnya, bagi pemandu trak yang mempunyai gaji sebanyak RM2,500,  mereka perlu memainkan strategi melipatgandakan wang terlebih dahulu melalui saham dan kemudian melabur dalam hartanah. Mereka yang bergaji besar seperti peguam dan jurutera perlu mengutamakan melangsaikan hutang-hutang besar bagi menikmati gaji bersih yang tinggi.
  4. Penjanaan wang pendapatan pasif itu penting untuk keluar dari rat race.
  5. Apabila pendapatan pasif melebihi perbelanjaan, kita dikira mencapai kebebasan kewangan.
Sebelum aku lupa, permainan ini boleh dimainkan seramai 6 orang dalam satu masa. Cuba uji kebijaksanaan anda untuk bersaing sesama sendiri dalam keluar dari perlumbaan yang meletihkan ini.

InsyaAllah corak pemikiran kita tentang kepentingan memiliki aset dan penjanaan wang pasif dalam kehidupan berubah sama sekali selepas bermain permainan ini berulang kali. Jom main! 

BookFest Malaysia By Popular 2012

  • 0
Assalamualaikum.

BookFest Malaysia By Popular 2012 telah bermula! Dari 18 Ogos hinggalah 26 Ogos nanti, pesta buku ini akan diadakan di KLCC. Bukan dalam Suria KLCC yang ada panggung wayang tu ye, tapi kat luarnya.









Ada tiga Pavilion, English, Chinese dan Lifestyle. Dengan halls yang besar bagak tu, sah-sah lah banyak buku-buku yang ada dijual. Memandangkan aku sekeluarga kejar masa, kami singgah di English Pavilion sahaja.









Terdapat juga bayaran kemasukan untuk masuk ke pesta ini. RM2.50 seorang sehari. Ada juga RM10.00 untuk 9 hari direct seorang. Kemasukan percuma untuk 18 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas. 

Untuk setiap pembelian tiket, anda akan diberikan satu wrist band ni.


Korang juga akan diberi katalog buku!



Suasana dalam pesta buku. Ramai gila!

Dari pintu masuk E.P, dari kanan ke kiri, ada seksyen untuk kanak-kanak, pengetahuan umum, pembangunan peribadi dan pelaburan. Actually, banyak lagi, cuma aku suka meronda kat bahagian situ aje :P

Bagi penggemar novel grafik, anda juga boleh mendapatkannya di sini. Tak silap aku, ada satu seksyen khas untuk novel ni sahaja. 

Ada satu meja tu penuh dengan Monkey King. RM20+. Terdapat jugak buku komik cerita panjang Doraemon dijual dengan harga RM100+. Yang best sekali, bersepah buku Gempak Starz dijual di sana. Banyak pilihan. Buku kompilasi Under 18 karya Zint pun ada. Tebal. Menarik sangat!

Lagi satu, apa yang buatkan aku tertarik dengan BookFest ini ialah the quotes yang diterterakan bersama kategori buku-buku di situ. Ada quotes yang sangat menarik untuk dibaca. 
Hooray! Hooray! The end of the world has been postponed! - Herge
Murder is like potato chips. You can't just stop with just one. - Stephen King


Fear cuts deeper than swords. -  George R. R. Martin

Learn the phrases you need for work and everyday life. - Marianna Pascal 

Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah. Tadahlah dengan hati yang rendah kepada Allah S.W.T.

You can only lose something that you have, but you cannot lose something that you are. - Eckhart Tolle

You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.- Dr. Seuss (So far the most memorable quote among others for me :P)

Nobody likes a clown at midnight - Stephen King

____________________________________________________________________________________

Setelah sejam berada di sana, aku mengambil keputusan untuk sambar 4 buku ini. The dark blue one tu semata-mata pasal kata-kata hikmah aje. Kedua dari kiri pula memuatkan ayat-ayat yang ofensif dan defensif dalam komunikasi. The One Minute Closer pula tentang bagaimana teknik-teknik nak close a deal dalam jangka masa yang minimum. Akhir sekali, yang kanan sekali, buku tersebut cerita pasal hartanah secara umum, dihasilkan oleh Reapfield, salah satu syarikat hartanah di Malaysia. 

Percaya atau tidak, aku dapat semua buku best-best ni dengan harga RM70++. Alhamdulillah.


Itu saja buat masa sekarang ;)

Assalamualaikum.

P/S: I wonder kalaulah ada orang catat my wisdom words, boleh tak bukukan sedemikian rupa? Mudah dibawa ke mana-mana. Ada illustration menarik pun sedap mata membacanya nanti :P Haha. Demand.

Konvensyen Super Parents

  • 0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah bukakan jalan untuk berpeluang menghadiri konvesyen Super Parents anjuran Iluvislam di Putrajaya International Convention Centre. Event tersebut diadakan pada 26-27 Mei 2012.


 Berikut ialah kisah aku, rentetan peristiwa yang mengarah kepada pendaftaran aku ke dalam konvesyen yang SUPER ini.

Pada awalnya, aku melihat promosi RM120 bagi mengikuti konvesyen ini. Teragak-agak aku memikirkannya. RM120. RM80 cut off. I thought it was a great deal! Namun, disebabkan aku takde duit lagi ketika itu dan aku saving untuk beli kamera Kodak Playsport ZX5, aku pendamkan sahaja.

Promosi berakhir dan tiket menjadi RM200. Fuhh. Naik la pulak. Keputusan aku berbelah bahagi bukan sahaja kerana tiket, tetapi kerana pada 27 hb, terdapat kenduri kahwin rakan sekelas di UiTM Perak.

Aku biarkan sahaja hari-hari akhir sebelum event tersebut berlalu tanpa mengusahakan pembayaran.

Pagi itu, CEO iluvislam post iklan seminar Jutawan Muda di Facebook. Seminar tersebut bakal dianjurkan di AnaEdar di Greenwood. Sangatlah dekat dengan kawasan perumahan aku. Dengan mengirimkan sms untuk mengikuti seminar tersebut kepada pihak berkenaan, Allah mengutuskan seseorang daripada mereka untuk menerima aku sebagai peserta seminar tersebut.

[Sumber: Imran Koyube's Facebook]

Di sana, I was very inspired with Imran Koyube's ambition. World class ambition. Amazed. That's the word. It happened that I sit sebelah seorang pelajar IKIP bernama Ghafur. Tak pasti ada double F ke tak. Sembang punya sembang, dia datang dari Kedah semata-mata nak datang sini.

Selesai habis seminar, Im membuka peluang buat pendaftaran konvesyen Super Parents pada harga RM99. Alhamdulillah :') Pasal si Ghafur tu pula, it ended up that he is chosen for being the third apprentice of Im. Great for you!

Perancangan Allah sangatlah mantap dan terbaik buat hambaNya dan Allah melihat proses usaha kita bagi mencapai matlamatnya. Manis berjaya dirasakan bila kita menelan pahit berusaha.

Alhamdulillah. Pada 26 dan 27 haribulan Mei 2012, aku berjaya menjejak kasi di PICC bagi menghadirkan diri di konvesyen tersebut. Rujuk laman web Konvesyen Super Parents.




Klik pada gambar bagi paparan tentatif yang lebih jelas.

Aku rasa bertuah sebab dapat pencerahaan awal tentang menjadi seorang bapa. Tak semudah yang aku sangkakan.

From the event, aku sudah ada mindset untuk menjadikan anak-anak aku orang-orang yang seimbang (Fizikal, Intelek, Rohani, Emosi) F.I.R.E nya selain bersama-sama sumbang sesuatu dalam pembangunan ummah itu sendiri.

Besides, aku dapat tahu bahawa perkahwinan itu perlu disandarkan kepada satu misi mega kerana cinta itu pudar selepas hilangnya matlamat bercinta. Panjatkan cinta itu pada si Dia, niatkan bagi mendapatkan keredhaan Allah dan mahu membawanya melangkah masuk syurga bersama.

Untuk dijadikan cerita, pada hari kedua, aku tidak dapat mengikuti kesemua slot memandangkan aku dah tekad menghadirkan diri di kenduri kahwin di Paroi. Selepas 3 slot konvesyen tersebut diadakan, aku terus memacu laju ke sana. Sayang sekali, tetapi keputusan ini terbaik buat memuaskan hati aku dan dalam masa yang sama memenuhi jemputan sahabat aku.

Di sini, aku ingin kongsi rakaman audio buat beberapa slot dalam dua hari tersebut. Klik link Konvesyen Super Parents untuk memuat turun fail mp3 tersebut. Moga anda memperoleh manfaat.

Assalamualaikum.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

  • 0
 
Assalamualaikum.

Berita baik buat rakyat Malaysia! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau dalam bahasa Inggerisnya, Kuala Lumpur International Book Fair 2012 akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur Malaysia bermula pada 27 April sehinggalah 6 Mei 2012. 10 hari tu! 

Pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), pesta tersebut diadakan bermula 10 pagi sehinggalah 7 malam manakala pada hari minggu dan cuti umum (Sabtu dan Ahad), pukul 10 pagi sehingga 9 malam. 

Pesta buku terbesar di Asia Tenggara ini pada tahun ini menggunakan tema 'Buku: Dunia Tanpa Sempadan".
Pada pendapat aku, berikut adalah sebab-sebab mengapa kita perlu mengunjungi pesta ini. 

1. Harga buku murah. Sudah menjadi kebiasaan di pesta buku, bahan-bahan bacaan tersebut dijual jaul lebih murah berbanding harga di pasaran.

2. Jualan buku-buku yang pelbagai. Terdapat 760+ gerai syarikat tempatan dan lebih 80+ gerai kerajaan dan agensi asing. Kategori buku-buku yang ada di sana ialah kategori umum, falsafah dan psikologi, agama, sains sosial, bahasa, natural science dan matematik, teknologi, sains gunaan, seni, sastera, geografi dan sejarah, kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen dan trade. 

3. Acara-acara menarik. Bagi meningkatkan jualan buku-buku pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antara program-program yang ada ialah permainan, pelancaran produk dan buku baru, sesi motivasi, quiz, demontrasi memasak, forum dan diskusi, sesi autograf. Buat anda yang mahu jumpa penulis kesayangan, rajin-rajinlah check internet dan tengok tentatif booth-booth penerbit dan pengedar sepanjang minggu!

4.  Menambah koleksi bacaan ilmiah. Selalunya, meskipun aku singgah di kedai buku besar untuk cari certain books, the books are not there. Barangkali aku boleh cuba cuba nasib untuk mendapatkan buku-buku tersebut. Cetakan semula Tarbiyatul Aulad fil Islam rasanya dah ada kot sekarang ^_^

Selain itu, di sini aku sertakan sekali senarai pempamer-pempamer dan lokasi mereka yang terlibat dan menjayakan pesta ini. Klik pada gambar, kemudian Right click dan View image untuk paparan lebih besar.
___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

Sumber: KLIBF2012 dan Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semoga anda semua beroleh manfaat daripada entri ini.  

Assalamualaikum.

P/S: Minat mengulas menjadi-jadi tahun ni =_=

Bumiputera Property Exhibition (BPEX)

  • 0
Assalamualaikum.

Bersama-sama dengan keluarga, aku pergi ke Mid Valley bagi tonton wayang dan singgah MPH Bookstores.

Aku tahu hari Ahad pasti Mid Valley Megamall lambak dengan orang, maklumlah hari minggu. Namun, aku tidak tahu pula tentang pameran harta tanah Bumiputera atau Bumiputera Property Exhibition (BPEX) di Mid Valley Convention Centre sejak 13 April - 15 April 2012 ni!

Buat pengetahuan semua, BPEX ini ialah pameran yang mengetengahkan hartanah daripada pelbagai pemaju untuk menjual lot Bumiputera kepada pembeli yang berpotensi. Pameran ini dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu, Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah Klang. 

Selain itu, aku sebagai pelajar diploma dalam pengurusan hartanah, aku berasa bertuah mendapat peluang mengunjung pameran ini untuk menambahkan ilmu. 

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam pameran, aku terpinga-pinga dengan apa yang patut aku lakukan. Nak bertanya pada mereka, langsung tiada soalan-soalan yang terlintas. Aku perlu baiki kemahiran sosial nampaknya :|

Apa-apapun, bagi mengelakkan pembaziran masa, aku sibuk tangkap gambar, ambil brosur dan kad-kad. Semuanya adalah untuk dijadikan rujukan dalam memahami bidang ini nanti.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berada di sana.

Ammar dibawa sebagai teman *pegang brosur*

Senarai pemaju tanah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hartanah 1

Senarai pemaju tanah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hartanah 2

 Projek Metropolitan SQ @ Damansara Perdana

 Projek Areca @ Bandar Seri Coalfields, Sg. Buloh

 Nice condominum isn't?
 
A huge mock up!

 Brosur-brosur yang diambil daripada booth-booth pemaju :P

Hasil daripada lawatan ke pameran, aku dapati wakil-wakil pemaju semuanya berpakaian kemas dan segak. Noted. Selain itu, mereka menarik minat bakal pembeli dengan kepetahan bercakap dan keyakinan terhadap hartanah mereka sendiri. Penggunaan bahasa Inggeris mudah turut digunakan, ayatnya senang tetapi padat dengan informasi.

Bagi orang lalu lalang yang berminat, mereka kelihatan memfokuskan pada kriteria kemudahan berdekatan, jalan perhubungan dan daya tarikan yang tersendiri pada hartanah tersebut. Harga juga merupakan faktor penting bagi mereka tetapi tidak menjadi keutamaan memandangkan mereka menumpukan pada hartanah yang berbaloi untuk dibeli (worth money).

Satu jam berada di sana merupakan keseronokan bagi aku. Terasa tidak sia-sia mendengar cakap Ummi supaya menangguhkan niat untuk pergi ke Mid Valley pada hari Jumaat dek hujan :)

Assalamualaikum.

P/S: Berikut ialah tarikh-tarikh pameran BPEX yang seterusnya. (Sumber: BPEX) 

  • Tarikh:  14 & 15 July, 2012
  • Tempat:  Legar Putra, Putra World Trade Centre (PWTC)
  • Masa: 10:00 am to 09:00 pm
  • Tarikh: 23-25 November 2012
  • Tempat: Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
  • Masa: 10:30 am to 09:30 pm

Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

  • 0
Assalamualaikum.

Pada malam Jumaat 12 April 2012, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki telah dijemput untuk menyampai ceramah di Masjid Al-Khairiyah Fasa 7 Taman Sri Gombak. Alhamdulillah, rezeki kami di sini.


Secara jujurnya, aku tak rasa aku kenal beliau. Nama dan muka beliau sangatlah familiar, tapi aku tak boleh recall walaupun sudah semak berkali-berkali dalam rak memori-memori.

Aku dapat tahu pasal ceramah ini pun melalui post shared by Facebook Masjid Al-Khairiyah beberapa hari yang lepas. 

Ikut hati yang makin malap motivasi ke ceramah ini dari hari ke hari, alhamdulillah, Allah gerakkan hati ini untuk melihat post Farhan Mazlan, sahabatku di Facebook yang share semula post ini. Entah mengapa, rasa untuk berjumpa dengan beliau mekar semula.

Selepas solat sunat selepas Maghrib, kami menunggu ketibaan beliau. Aku yang kekok duduk berhampiran rak al-Quran yang berhampiran, mata sibuk melilau mencari figura dakwah itu. Sebelahku, terdapat seseorang yang baru selesai solat, berbaju kelabu. Aku menjarakkan sedikit daripada dirinya, takut terlanggar dia.

Kemudian orang sekelilingnya datang menghampirinya lalu berjabat tangan.

Kemudian beliau bangkit daripada duduknya dan bingkas bangun ke tempat ceramah. Aku tergamam :O Aku dalam hati ini berbisik, "Takkanlah dia ni Syeikh? How come aku boleh tak perasan?!" Lumpy me!

Ceramah kemudian dimulakan. Ceramah kali ini tiada tajuk khusus. Jadi, beliau menumpahkan ilmunya pada kami hadirin dengan topik yang cenderung kepada perumpamaan "Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga".

Tok Guru yang bersemangat menyampaikan ceramahnya!

Berikut adalah antara isi-isi ceramah beliau.
  1. Ibadah kepada Allah mampu membina perisai daripada musibah dan perkara yang kita hajati.
  2. Suasana yang bersih dan penuh nilai kebaikan membantu kita dalam beribadah.
  3. Walaupun ramai orang yang beribadah, tetapi kadang-kadang hasrat mereka tidak dapat ditunaikan. Mengapa boleh jadi sedemikian? Hal ini demikian kerana pastinya sesuatu yang menghalang doa kita daripada dikabulkan.
  4. Terdapat dalam satu riwayat menerangkan bahawa Allah mahu menurunkan azab dan seksa kepada penduduk Bumi, tetapi ditahanNya kerana dua amalan hambanya iaitu beriktikaf di masjid dan beristighfar pada waktu fajar.
  5. Solatlah berjemaah kerana walaupun solat seseorang itu tidak sempurna, namun kerana terdapat solat ahli jemaah yang mantap, solat orang yang tidak sempurna itu turut dipercantikkan olehnya.
  6. Jemaah membantu seseorang mengisi ketidaksempurnaan seseorang dengan kelebihan seseorang yang lain di dalam jemaah.
  7. Ramai sahaja soleh di masjid, tetapi tak soleh di luar masjid.
  8. Sekiranya mendengar seruan azan, maka solatlah.
  9. Berapa banyak bilangan umat Islam di tempat kita yang masih meninggalkan solat? Yang masih solat bersendirian? Yang masih solat lewat waktu? 
  10. Sekiranya mahu menempatkan jenazah seseorang, tempatkanlah dia dalam perkuburan orang-orang soleh.
  11. Jangan kita tahu menangkap kejayaan sahaja, tetapi belajar untuk menangkap rahmat Tuhan. 
  12. Disebabkan mata salah melihat, mulut salah makan, telinga salah dengar, badan menjadi malas untuk beribadat.
  13. Kesolehan segolongan kelompok dalam masyarakat turut larut dan hanyut dalam arus maksiat yang dilakukan secara berluasa dalam skala besar.
  14. Azab Allah itu diturunkan sama rata.
  15. Dalam mencari kesempurnaan dalam kehidupan, buatlah sesuatu berlandaskan syariat Islam.
Syeikh Nuruddin pandai menarik perhatian hadirin dengan menggayakan efek bunyi dan tidak lekang bangun duduk untuk melakonkan babak dalam menyampaikan ceritanya. Bersemangat!
Berehat sebentar ketika azan Isya' dilaungkan
Beliau juga ada memberi beberapa perumpamaan sepanjang ceramahnya. Dengan cara ini, aku rasa mudah lagi pencernaan input-input yang cuba disampaikan walaupun memerlukan perincian topik yang panjang lebar.

Cerita Pertama 
Seseorang sedang memandu kereta di atas jalanraya. Alhamdulillah, jalan lengang sahaja. Keadaan itu tidak lama selepas kenderaan-kenderaan bergerak perlahan dan menyebabkan macet/sesak lalu lintas (jammed). Setelah melalui kawasan kereta bertukar perlahan tersebut, orang tersebut mendapati telah berlaku kecelakaan dengan antara teksi dan motorsikal yang hancur dimana penunggangnya sudah tiada. 
Masalahnya di sini, kejadian itu berlaku di laluan yang bertentangan dengan laluan yang digunakan orang tersebut. Mengapa pula laluan dia yang sesak?

Melalui cerita di atas, kita dapat rumuskan bahawa gara-gara seorang yang memperlahankan kereta untuk melihat keadaan yang berlaku di hadapan, semua di belakang mengalami masalah. 
Cerita Kedua 
Ibarat kita yang sakit gigi, apabila malam, kita susah hendak tidur lena. Ibarat kita yang digigit tebuan, walaupun kecil lukanya, tetapi kita boleh menghidapi demam satu badan.

Begitulah kesan maksiat dan kemungkaran pada umat. Walaupun hanya segelintir golongan yang tidak bertanggungjawab ini, seluruh umat menanggung kesannya seandainya tiada pencegahan dan pemulihan.


Cerita Ketiga
Nabi Adam yang dicipta daripada tanah merupakan nabi yang melahirkan ratusan para nabi malah seluruh umat manusia. Kisahnya yang melanggar larangan Allah memakan buah khuldi menyebabkan seluruh umat manusia selepasnya terputus nikmat dari syurga.
Selain itu, kita yang bakal melahirkan anak, disambung salasilah kita dengan cucu, cicit dan  seterusnya memainkan peranan penting dalam mencorakkan keturunan kita. Walaupun kita ramai keturunan selepas kita, belum tentu mereka mampu mendamaikan kita di alam kubur nanti. Seandainya keburukan kita diteruskan turun temurun, tak ke naya kita menanggung dosa tersebut?
Perumpamaan ini menjelaskan bahawa walaupun seorang sahaja yang melakukan kesilapan, perkara tersebut menjadi wadah untuk keburukan mengambil tempat dalam kalangan umat kita.


Cerita Keempat
Makanan. Dalam menyediakan makanan, tak lengkap sesuatu hidangan tanpa bahan-bahan ramuannya. Sekiranya tiada salah satunya, pastinya kurang 'ummmph' dalam makanan tersebut.

Dalam beribadah, sama juga seperti dalam menyediakan hidangan, terdapat juga amalan tambahan bagi menimbulkan kemanisan santapan rohani tersebut. Takboleh lah habis solat, terus blah gitu aje. Lebih baik ada zikirnya, doanya dan ditambah solat sunat kemudiannya sekiranya ada.

Cerita Kelima
Sebuah telefon bimbit walaupun murah mampu memberi kesan kepada penerbangan Boeing 474, ketika berlepas, terbang tinggi di udara mahupun ketika mendarat.

Perumpamaan ini berkait rapat dengan peribahasa tersebut iaitu, walaupun kecil pada asasnya, tetapi perkara tersebut mampu menghuru-harakan sesebuah sistem atau dalam konteks manusia, masyarakat.
Cerita Keenam
Ketika perang Uhud, sebanyak 50 pemanah telah melanggar perintah nabi yang menyebabkan kekalahan tentera Muslim. Bukannya tentera Islam ketika itu tidak kuat, manakan tidak, Rasulullah ada, 10 orang yang dijamin syurga itu ada - ahli-ahli tentera Badar, namun disebabkan pelanggaran peraturan supaya tidak berganjak daripada tapak pemanah yang digariskan Rasulullah, kemenangan pada awal peperangan bertukar pihak.

Jelas di sini, selagi ada faktor yang boleh melemahkan struktur sesuatu organisasi, organisasi tersebut boleh tumbang.
Sesi ceramah tersebut kemudiannya diteruskan dengan sesi soal jawab.
Mahu sahaja aku tulis soalan dan jawapan di sini, tetapi dikhuatiri penulisan aku tidak cukup dan salah untuk menghuraikan sepenuhnya jawapan yang dinyatakan oleh tuan guru dalam program itu. Maklumlah petah benar dia menghuraikan jawapan bagi soalan-soalan tersebut.
 Para hadirin beratur ketika sesi bersalaman dengan beliau selepas solat sunat selepas Isya'


Alhamdulillah, aku sempat bersalaman dengan beliau. Aku harap dapat hadirkan diri dalam ceramah beliau pada masa akan datang.

Kenapa kita sekarang lemah? Diperlekeh? Diperli? Kerana adanya kuman dan bakteria di batang tubuh umat. (Syeikh Nuruddin, 2012)
Assalamualaikum.
________________________________________________________________________________________
Program ustaz di Malaysia buat beberapa hari ini. Don't miss it!