Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Bless You

  • 0
Assalamualaikum.

Di pejabat, setiap kali salah seorang rakan sekerja kami bersin, kawanku Henry akan mengucapkan "Bless you." Aku faham menuturkan kata-kata tersebut merupakan budaya yang baik dalam masyarakat apabila mendengar seseorang bersin. Dalam Islam juga dituntut melakukan perkara yang serupa. Ucapan Yarhamukallah (Semoga Allah merahamati kamu) diucapkan apabila seseorang mendengar orang lain bersin dan orang yang bersin itu akan menjawab Alhamdulillah (Syukur kepada Allah).

Peristiwa ini membuatkan aku bertanya kepadanya atas sebab apa dia mengucapkan kata-kata tersebut. Maklumlah, setiap perkara yang dilakukan perlulah ada sebab munasabah bukan?

Dia menjelaskan bahawa perbuatannya itu hanyalah mengikut budaya baik yang sedia ada. Aku angguk faham dan kemudian memberitahu pemahaman aku tentang bersin ini dari perspektif seorang Muslim.

Apa yang aku faham tentang ucapan ini ialah kita mendoakan seseorang itu rahmat di atas bersin yang membuang kotoran dari badan, selain mengucapkan syukur kepada orang tersebut kerana jantungnya terhenti sekejap ketika bersin dan kekal hidup semula selepasnya (itulah logik aku ketika menerangkan kepadanya).

Kemudian aku sedar yang penjelasan aku yang kedua itu sangatlah rapuh dan aku menawarkan diri untuk merujuk kepada syeikh al-Google.

Aku dapati jantung terhenti sekejap apabila bersin adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya, apa yang berlaku ialah apabila dada kita contract (mengecut?) disebabkan bersin, pengaliran darah kita menjadi sempit buat seketika. Ritma degupan jantung berkemungkinan untuk berubah (skip a beat) tetapi mustahil untuk ia berhenti berdegup. (Sumber: Sneezing: Myths, Causes, and Surprising Facts)

Aku terangkan penemuan aku ini kepada Henry dan kemudian dia gelak kerana memikirkan sekiranya penjelasan awal aku itu benar, nampak gaya sudah beberapa kali agaknya seseorang itu mati dan hidup semula ketika bersin tak berhenti-henti.

Alhamdulillah, siapa sangka maklumat ini aku dapat tahu semuanya bermula daripada insiden bersin dan ucapan rahmat kepada seseorang. 

Assalamualaikum.

Membeli Hartanah Secara Tunai Atau Dengan Pinjaman / Pembiayaan dari Bank?

  • 56
Assalamualaikum.

Aku dan kawan-kawan ketika sedang minum petang, kami ada berbincang tentang hartanah. Salah satu persoalan yang mereka tanyakan kepada aku ialah

Bagi setiap pinjaman perumahan, pihak bank mengenakan faedah / interest ke atasnya. That's how the banks make their money. Sebagai seorang Muslim, bukankah diharamkan ke atas kita untuk terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan riba? Adakah ini bermaksud kita tidak dibolehkan meminjam wang dari bank dan wajib membeli rumah dengan tunai semata-mata?

Soalan yang cukup legit. Aku menjawab soalan mereka berdasarkan apa yang aku tahu.

Sekarang instrumen kewangan yang kita ada sememangnya ada unsur interest and such. Mahu atau tidak, kita tidak dapat lari dengan sistem tersebut. Melalui pembacaan aku, keadaan ini dianggap darurat dan dibolehkan memohon pembiayaan dari bank untuk membeli hartanah selagi mana seseorang itu menggunakan pembiayaan Islamik. 

Penting untuk seorang Muslim untuk membezakan yang mana konvesional dan yang mana Islamik. Di Malaysia, konvesional kita gunakan istilah pinjaman manakala Islamik kita gunakan istilah pembiayaan.

Kawan aku kemudian ada yang menyatakan pandangannya bahawa pembiayaan Islamik itu sama seperti pinjaman konvesional. Cuma dijenamakan semula sebagai Islamik.

Meskipun kedua-duanya kita memperoleh wang dari bank, tidak bermakna mekanisme cara kita mendapatkan wang tersebut sama. Kedua-duanya bergerak secara berbeza.

Dalam situasi pembeli ingin membeli rumah dari penjual:


  • Pinjaman Konvesional
    • Pembeli meminjam wang dari bank untuk membeli rumah tersebut.
    • Bank mengenakan faedah ke atas pinjaman yang kita lakukan dengan pihaknya.
    • Pembeli wajib bayar secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Pembiayaan Islamik
    • Bank membeli rumah yang pembeli inginkan terlebih dahulu.
    • Kemudian, bank menjualkan semula kepada pembeli dengan harga dan jangka masa yang ditetapkan.
    • Pembeli wajib bayar secara ansuran dalam tempoh yang ditetapkan.
Kedua-dua mekanisme ternyata berbeza. Pembiayaan Islamik itu sememangnya seperti urusan jual beli yang selalu kita lakukan.

Perbincangan kami itu berterusan sehinggalah kami masing-masing bersependapat bahawa penerimaan penggunaan pembiayaan Islamik untuk membeli hartanah terpulang kepada diri masing-masing. Senang cerita, kalau ragu-ragu, tidak perlulah ambil. Mudah.

* * * * * *

Di Facebook pula, isu ini menjadi hangat semula apabila seorang usahawan menyatakan pandangannya tentang topik ini. Aku akhiri entri kali ini dengan embedded Facebook statuses mengenainya. Doakan kita diberikan pencerahan.

Pro Beli Hartanah Secara Tunai

[Nasihat Khalif Samsudin (CEO Bella Ammara) Untuk Belia Yang Ingin Membeli Rumah Di Malaysia]"Biarlah kita menyewa...
Posted by Khalif Samsudin on Friday, December 25, 2015

[Nasihat Berkaitan Pinjaman Perumahan Berteraskan Riba Terselindung]Di dalam Islam, transaksi jual beli di dalam...
Posted by Khalif Samsudin on Sunday, December 27, 2015


Pro Beli Hartanah Secara Pembiayaan Islamik

10 SEBAB KENAPA ANAK MUDA PERLU BELI RUMAH? 1. 1 Rumah, 1 AnakSalah satu punca kenapa ramai yang membuat "personal...
Posted by Nasihat Kewangan on Saturday, December 26, 2015

Kenapa perlu beli Rumah waktu muda=============================Saya beli Rumah ni waktu umur Saya 24 tahun. Monthly...
Posted by Khairul Ezuwan on Saturday, December 26, 2015



... dan status paling jatuh kepada *drum roll* Pakdi!

Anak Muda Jangan Beli Rumah ?.Jedi percaya Anakin Skywalker adalah The Chosen One.Seseorang yang dapat membawa...
Posted by Suzardi Maulan on Saturday, December 26, 2015

Bermain CASHFLOW® untuk Keluar Dari Rat Race - Rich Dad

  • 0
Assalamualaikum.

Robert Kiyosaki merupakan penulis buku kewangan Rich Dad Poor Dad. Beliau juga mengeluarkan permainan papan Cashflow untuk membantu orang ramai untuk celik kewangan dan seterusnya mencapai kebebasan kewangan.

Bagi mereka yang ingin bermain permainan ini secara on-line, mereka boleh akses permainan tersebut di CASHFLOW®Classic.

Dalam permainan ini, terdapat dua cara untuk menang; pertama adalah dengan menunaikan impian yang pemain pilih pada awal permainan dan kedua adalah dengan menggandakan pendapatan sampingan sebanyak 10 kali ganda selepas keluar dari rat race.

Buat mereka yang tertanya apa itu rat race, ia adalah satu situasi di mana kita melakukan perkara berulang kali demi mendapatkan ganjaran yang sedikit. 

Contohnya, kita seringkali menempuh kesesakan lalu lintas berpuluh-puluh minit semasa pergi dan pulang dari tempat kerja  sedangkan gaji yang diberikan tidaklah setimpal dengan masa yang terbuang di dalam kenderaan. Tak ubah macam tikus yang berlari-lari di dalam roda, berpusing-pusing mengejar keju di depan mata.

Itulah yang cuba digambarkan di dalam permainan ini. Dalam membina portfolio untuk keluar dari rat race, pemain akan membaling dadu untuk bergerak dari petak ke petak yang lain yang membentuk bulatan. Berdasarkan pengamatan aku, bentuk tersebut tak ubah seperti rat race.

Setiap warna petak mempunyai fungsi tersendiri.

HIJAU - Petak memiliki peluang untuk membeli dan menjual saham/ hartanah dan lain-lain aset serta peristiwa-peristiwa lain yang mempengaruhi corak permainan
UNGU - Petak kenaikan/ melangsaikan tanggungan
BIRU - Petak menjual aset pada kadar yang tinggi
KUNING - Petak memperolehi gaji
JINGGA - Petak untuk menderma 10% daripada jumlah gaji dan memperoleh dua dadu untuk dibaling untuk 3 giliran berikutnya

Laluan panjang di luar bulatan itu pula ialah laluan yang akan digunakan oleh pemain selepas memiliki RM5000 pendapatan pasif. Ketika itu, pemain perlu membaling dadu untuk tiba di petak impian berwarna ungu yang mempunyai token warna pemain dan membelinya ataupun memiliki 10 kali ganda pendapatan pasif yang sedia ada.

Selepas bermain permainan ini, aku belajar beberapa perkara mengenai kewangan.

  1. Dalam saham, kita perlu beli ketika harganya rendah dan menjualnya semula ketika harga sedang mahal.
  2. Dalam hartanah, kita perlu membeli hartanah yang memiliki aliran tunai/ cashflow yang positif. 
  3. Setiap orang memerlukan strategi untuk menang yang berbeza. Contohnya, bagi pemandu trak yang mempunyai gaji sebanyak RM2,500,  mereka perlu memainkan strategi melipatgandakan wang terlebih dahulu melalui saham dan kemudian melabur dalam hartanah. Mereka yang bergaji besar seperti peguam dan jurutera perlu mengutamakan melangsaikan hutang-hutang besar bagi menikmati gaji bersih yang tinggi.
  4. Penjanaan wang pendapatan pasif itu penting untuk keluar dari rat race.
  5. Apabila pendapatan pasif melebihi perbelanjaan, kita dikira mencapai kebebasan kewangan.
Sebelum aku lupa, permainan ini boleh dimainkan seramai 6 orang dalam satu masa. Cuba uji kebijaksanaan anda untuk bersaing sesama sendiri dalam keluar dari perlumbaan yang meletihkan ini.

InsyaAllah corak pemikiran kita tentang kepentingan memiliki aset dan penjanaan wang pasif dalam kehidupan berubah sama sekali selepas bermain permainan ini berulang kali. Jom main! 

Batman VS Spider-Man

  • 0
Assalamualaikum.

Dalam entri Android Apps yang lepas, terdapat dua game superheroes yang dimuat turun dalam tablet aku iaitu Batman dan Spider-Man. Timbul persoalan di sini, siapa lebih kuat?

Bruce Wayne, si kaya yang paginya berlakon playboy, billionaire dan malamnya menjadi Batman/ Caped Crusader/ Dark Knight, simbol kepada cahaya dalam kegelapan Gotham City, 
----------------- atau ------------------
Peter Parker, pemuda genius yang kelakar, mengambil upah photographer sambilan & memiliki alter ego Spider-Man, adiwira bersut merah biru membanteras jenayah di New York.

Dua-dua aku minat. Siapa akan menang? Saksikan match yang diset-upkan dalam Death Battle oleh Screw Attack!


Assalamualaikum.

P/S: Kemenangan yang tak dijangkakan =_=

BookFest Malaysia By Popular 2012

  • 0
Assalamualaikum.

BookFest Malaysia By Popular 2012 telah bermula! Dari 18 Ogos hinggalah 26 Ogos nanti, pesta buku ini akan diadakan di KLCC. Bukan dalam Suria KLCC yang ada panggung wayang tu ye, tapi kat luarnya.









Ada tiga Pavilion, English, Chinese dan Lifestyle. Dengan halls yang besar bagak tu, sah-sah lah banyak buku-buku yang ada dijual. Memandangkan aku sekeluarga kejar masa, kami singgah di English Pavilion sahaja.









Terdapat juga bayaran kemasukan untuk masuk ke pesta ini. RM2.50 seorang sehari. Ada juga RM10.00 untuk 9 hari direct seorang. Kemasukan percuma untuk 18 tahun ke bawah dan 60 tahun ke atas. 

Untuk setiap pembelian tiket, anda akan diberikan satu wrist band ni.


Korang juga akan diberi katalog buku!



Suasana dalam pesta buku. Ramai gila!

Dari pintu masuk E.P, dari kanan ke kiri, ada seksyen untuk kanak-kanak, pengetahuan umum, pembangunan peribadi dan pelaburan. Actually, banyak lagi, cuma aku suka meronda kat bahagian situ aje :P

Bagi penggemar novel grafik, anda juga boleh mendapatkannya di sini. Tak silap aku, ada satu seksyen khas untuk novel ni sahaja. 

Ada satu meja tu penuh dengan Monkey King. RM20+. Terdapat jugak buku komik cerita panjang Doraemon dijual dengan harga RM100+. Yang best sekali, bersepah buku Gempak Starz dijual di sana. Banyak pilihan. Buku kompilasi Under 18 karya Zint pun ada. Tebal. Menarik sangat!

Lagi satu, apa yang buatkan aku tertarik dengan BookFest ini ialah the quotes yang diterterakan bersama kategori buku-buku di situ. Ada quotes yang sangat menarik untuk dibaca. 
Hooray! Hooray! The end of the world has been postponed! - Herge
Murder is like potato chips. You can't just stop with just one. - Stephen King


Fear cuts deeper than swords. -  George R. R. Martin

Learn the phrases you need for work and everyday life. - Marianna Pascal 

Ilmu umpama air yang mengalir dari gunung ke lembah. Tadahlah dengan hati yang rendah kepada Allah S.W.T.

You can only lose something that you have, but you cannot lose something that you are. - Eckhart Tolle

You know you're in love when you can't fall asleep because reality is finally better than your dreams.- Dr. Seuss (So far the most memorable quote among others for me :P)

Nobody likes a clown at midnight - Stephen King

____________________________________________________________________________________

Setelah sejam berada di sana, aku mengambil keputusan untuk sambar 4 buku ini. The dark blue one tu semata-mata pasal kata-kata hikmah aje. Kedua dari kiri pula memuatkan ayat-ayat yang ofensif dan defensif dalam komunikasi. The One Minute Closer pula tentang bagaimana teknik-teknik nak close a deal dalam jangka masa yang minimum. Akhir sekali, yang kanan sekali, buku tersebut cerita pasal hartanah secara umum, dihasilkan oleh Reapfield, salah satu syarikat hartanah di Malaysia. 

Percaya atau tidak, aku dapat semua buku best-best ni dengan harga RM70++. Alhamdulillah.


Itu saja buat masa sekarang ;)

Assalamualaikum.

P/S: I wonder kalaulah ada orang catat my wisdom words, boleh tak bukukan sedemikian rupa? Mudah dibawa ke mana-mana. Ada illustration menarik pun sedap mata membacanya nanti :P Haha. Demand.

Konvensyen Super Parents

  • 0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, Allah bukakan jalan untuk berpeluang menghadiri konvesyen Super Parents anjuran Iluvislam di Putrajaya International Convention Centre. Event tersebut diadakan pada 26-27 Mei 2012.


 Berikut ialah kisah aku, rentetan peristiwa yang mengarah kepada pendaftaran aku ke dalam konvesyen yang SUPER ini.

Pada awalnya, aku melihat promosi RM120 bagi mengikuti konvesyen ini. Teragak-agak aku memikirkannya. RM120. RM80 cut off. I thought it was a great deal! Namun, disebabkan aku takde duit lagi ketika itu dan aku saving untuk beli kamera Kodak Playsport ZX5, aku pendamkan sahaja.

Promosi berakhir dan tiket menjadi RM200. Fuhh. Naik la pulak. Keputusan aku berbelah bahagi bukan sahaja kerana tiket, tetapi kerana pada 27 hb, terdapat kenduri kahwin rakan sekelas di UiTM Perak.

Aku biarkan sahaja hari-hari akhir sebelum event tersebut berlalu tanpa mengusahakan pembayaran.

Pagi itu, CEO iluvislam post iklan seminar Jutawan Muda di Facebook. Seminar tersebut bakal dianjurkan di AnaEdar di Greenwood. Sangatlah dekat dengan kawasan perumahan aku. Dengan mengirimkan sms untuk mengikuti seminar tersebut kepada pihak berkenaan, Allah mengutuskan seseorang daripada mereka untuk menerima aku sebagai peserta seminar tersebut.

[Sumber: Imran Koyube's Facebook]

Di sana, I was very inspired with Imran Koyube's ambition. World class ambition. Amazed. That's the word. It happened that I sit sebelah seorang pelajar IKIP bernama Ghafur. Tak pasti ada double F ke tak. Sembang punya sembang, dia datang dari Kedah semata-mata nak datang sini.

Selesai habis seminar, Im membuka peluang buat pendaftaran konvesyen Super Parents pada harga RM99. Alhamdulillah :') Pasal si Ghafur tu pula, it ended up that he is chosen for being the third apprentice of Im. Great for you!

Perancangan Allah sangatlah mantap dan terbaik buat hambaNya dan Allah melihat proses usaha kita bagi mencapai matlamatnya. Manis berjaya dirasakan bila kita menelan pahit berusaha.

Alhamdulillah. Pada 26 dan 27 haribulan Mei 2012, aku berjaya menjejak kasi di PICC bagi menghadirkan diri di konvesyen tersebut. Rujuk laman web Konvesyen Super Parents.




Klik pada gambar bagi paparan tentatif yang lebih jelas.

Aku rasa bertuah sebab dapat pencerahaan awal tentang menjadi seorang bapa. Tak semudah yang aku sangkakan.

From the event, aku sudah ada mindset untuk menjadikan anak-anak aku orang-orang yang seimbang (Fizikal, Intelek, Rohani, Emosi) F.I.R.E nya selain bersama-sama sumbang sesuatu dalam pembangunan ummah itu sendiri.

Besides, aku dapat tahu bahawa perkahwinan itu perlu disandarkan kepada satu misi mega kerana cinta itu pudar selepas hilangnya matlamat bercinta. Panjatkan cinta itu pada si Dia, niatkan bagi mendapatkan keredhaan Allah dan mahu membawanya melangkah masuk syurga bersama.

Untuk dijadikan cerita, pada hari kedua, aku tidak dapat mengikuti kesemua slot memandangkan aku dah tekad menghadirkan diri di kenduri kahwin di Paroi. Selepas 3 slot konvesyen tersebut diadakan, aku terus memacu laju ke sana. Sayang sekali, tetapi keputusan ini terbaik buat memuaskan hati aku dan dalam masa yang sama memenuhi jemputan sahabat aku.

Di sini, aku ingin kongsi rakaman audio buat beberapa slot dalam dua hari tersebut. Klik link Konvesyen Super Parents untuk memuat turun fail mp3 tersebut. Moga anda memperoleh manfaat.

Assalamualaikum.

Dalang Di Sebalik Kredit Yang Hilang

  • 0
Assalamualaikum.
Aku menghulurkan RM5 kepada cashier kedai runcit tersebut. Tangannya menyambut not duit tersebut, tangan kiri menekan punat-punat pada sebuah mesin.

Tzzzt. Tzzzzt.

Bunyi resit bercetak keluar dari mesin tersebut. Resit tersebut bertukar tangan. Kini, sehelai kertas pengganti kad nilai tambah itu milikku.

Aku memasukkan nombor ke dalam telefon bimbit sambil berpandukan nombor siri pada resit tersebut. 

Message sent.

Tett. Tettt. Tett. Tett.

Mesej masuk. Jumlah kredit tertera di skrin telefon. Alhamdulillah. Tidak semena-mena, mesej daripada nombor berdigit lima diterima. Entah apa mesej yang dikirimnya. Aku tidak mengambil peduli akan isi mesejnya.

Aku semak bakinya. Baki kini berkurangan dua Ringgit. Macam mana boleh jadi macam ni? URGHH!
_____________________________________________________________________________________________

Anda pernah jadi macam tu? Geram rasanya! Pernah sekali tu, aku topup, habis kredit yang baru dimasukkan. Hanya Allah tahu betapa marahnya aku ketika itu. 

Apabila sudah berlaku situasi begini, mulalah aku mencari pihak untuk bertanggungjawab. Aku pilih telco aku sendiri, Celcom untuk dipersalahkan dalam hal ini. Sebaik sahaja diberitahu masalah aku, pihak sana menyatakan hal ini adalah angkara third parties. Setelah berbual panjang, aku akhirnya baru sedar akan keadaan sebenar.
Rupa-rupanya, pihak ketiga ini akan mengirimkan SMS kepada kita dan mengecaj RM2 setiap satunya. Antara nombor-nombor telefon third parties yang mencekik kredit itu ialah 33377 dan 33696.

Bagi menghentikan aktiviti-aktiviti ini., taip 'STOP ALL' dan send ke nombor third parties tu. Stop All tu mesti huruf besar atau cara ini tak jadi. Takyah taip '', itu cuma distinction sahaja daripada the sentence. For example, taip,

STOP ALL
dan send kepada
33696

Anda akan dapat reply daripada number tersebut yang menyatakan the success of the termination from the credit sucking third party's texts.

In case tak berjaya, minta bantuan telco korang. For Celcom, dail 1111 sekiranya menggunakan handphone. Free. Semoga anda berasa gembira dan mengambil manfaat daripada entri ini. 

Assalamualaikum.

P/S: Diolah semula daripada status Facebook aku 16 Mac 2012 yang lepas.

Cara untuk Recover (Crack) Password Fail .mdb dari Microsoft Access Database

  • 0
Assalamualaikum.

Ummi ada minta tolong aku untuk bukakkan fail .mdb Microsoft Access Databasenya . Klik link ini untuk tahu lebih lanjut apakah gerangan perisian komputer ini.

Aku lekas membuka fail tersebut dan mendapati fail tersebut ada password. Berkerut dahi nengoknya. How am I supposed to guess the password? It is not my mine pun! 


Aku memandang Ummi dengan penuh kehairanan dan bertanya,

"Password?"

"Ummi pun tak tau. Itu sebabnya mintak tolong kamu. Kamu kan reti crack benda-benda macam ni," jawab Ummi dengan selamba.

"Tengoklah camne," jawab aku ringkas sambil berfikir bagaimana caranya untuk aku menyelesaikan permasalahan yang tidak pernah kutemui sebelum ini.

Aku lantas rujuk kitab Google dan alhamdulillah, jalan penyelesaian memang mudah, ringkas dan betul-betul noob-friendly. 

Perisian tersebut ialah Access Passview. Perlu diingatkan bahawa perisian ini tidak boleh nyahkod password melebihi 18 angkara (characters) dan hanya dapat crack password setakat main database sahaja. Lebih dalam daripada itu, tak boleh.

Anda boleh muat turun Access Passview di halaman ini atau secara terus di lokasi ini.

Anda perlu memiliki perisian yang boleh bukak file .zip terlebih dahulu seperti WinrRar.

Caranya ialah, selepas estrak fail dalam fail .zip tersebut, anda akan lihat icon shortcut ini.

Klik padanya dan anda akan melihat pop-up seperti di bawah.
Klik Get Password dan mulakan carian fail Access Database yang mahu dinyahkodkan.


... dan siap!


Rujukan: Mediakey

Semoga anda peroleh kebaikan daripada entri ini.

Assalamualaikum.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

  • 0
 
Assalamualaikum.

Berita baik buat rakyat Malaysia! Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 atau dalam bahasa Inggerisnya, Kuala Lumpur International Book Fair 2012 akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur Malaysia bermula pada 27 April sehinggalah 6 Mei 2012. 10 hari tu! 

Pada hari bekerja (Isnin-Jumaat), pesta tersebut diadakan bermula 10 pagi sehinggalah 7 malam manakala pada hari minggu dan cuti umum (Sabtu dan Ahad), pukul 10 pagi sehingga 9 malam. 

Pesta buku terbesar di Asia Tenggara ini pada tahun ini menggunakan tema 'Buku: Dunia Tanpa Sempadan".
Pada pendapat aku, berikut adalah sebab-sebab mengapa kita perlu mengunjungi pesta ini. 

1. Harga buku murah. Sudah menjadi kebiasaan di pesta buku, bahan-bahan bacaan tersebut dijual jaul lebih murah berbanding harga di pasaran.

2. Jualan buku-buku yang pelbagai. Terdapat 760+ gerai syarikat tempatan dan lebih 80+ gerai kerajaan dan agensi asing. Kategori buku-buku yang ada di sana ialah kategori umum, falsafah dan psikologi, agama, sains sosial, bahasa, natural science dan matematik, teknologi, sains gunaan, seni, sastera, geografi dan sejarah, kanak-kanak, fiksyen dan bukan fiksyen dan trade. 

3. Acara-acara menarik. Bagi meningkatkan jualan buku-buku pada hari tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Antara program-program yang ada ialah permainan, pelancaran produk dan buku baru, sesi motivasi, quiz, demontrasi memasak, forum dan diskusi, sesi autograf. Buat anda yang mahu jumpa penulis kesayangan, rajin-rajinlah check internet dan tengok tentatif booth-booth penerbit dan pengedar sepanjang minggu!

4.  Menambah koleksi bacaan ilmiah. Selalunya, meskipun aku singgah di kedai buku besar untuk cari certain books, the books are not there. Barangkali aku boleh cuba cuba nasib untuk mendapatkan buku-buku tersebut. Cetakan semula Tarbiyatul Aulad fil Islam rasanya dah ada kot sekarang ^_^

Selain itu, di sini aku sertakan sekali senarai pempamer-pempamer dan lokasi mereka yang terlibat dan menjayakan pesta ini. Klik pada gambar, kemudian Right click dan View image untuk paparan lebih besar.
___________________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________________

Sumber: KLIBF2012 dan Facebook Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Semoga anda semua beroleh manfaat daripada entri ini.  

Assalamualaikum.

P/S: Minat mengulas menjadi-jadi tahun ni =_=

Aurat

  • 0
Assalamualaikum.

Dalam Islam, terdapat tuntutan oleh Allah menyuruh kita untuk menutup beberapa bahagian tubuh badan daripada pandangan orang yang bukan mahram bagi kita. Hukumnya wajib bagi orang Islam.

Bagi lelaki, auratnya dengan ajnabi ialah bermula daripada pusat hingga ke lutut. Bagi perempuan, auratnya pula seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tangannya (sehingga pergelangan tangan).

Kat sini ada satu video best, mengingatkan kita kepentingan melaksanakan perintah Allah ini. Lepas ini, beringat-ingatlah kita :)




[Video: The Precious You]

Dalam kepala aku ni, selain beringat tentang perintah tutup aurat ini wajib, aku ingatkan diri aku dengan pengalaman perut masuk angin setiap kali ke hulu ke hilir pakai seluar je. Korang pula ingatkan diri tentang kepentingan aurat macam mana? :P

Bagi yang mengelat kata tak sampai seru lagi, ingatlah seruan tutup aurat sudah dikeluarkan 1400+ tahun yang lepas lagi dan seandainya kita merasa kekok untuk tutup aurat buat first timer, beri peluang pada diri untuk melaksanakan perintah ini. InsyaAllah, dengan adanya niat untuk berubah, Allah tunjukkan jalan.
Assalamualaikum.

Rage Face: One Piece

  • 0
Assalamualaikum.

Gambar ini sememangnya berjaya buat aku tersenyum. Buat sesiapa yang tak familiar dengan mereka di bawah, mereka ialah Lanun Si Topi Jerami/ Strawhats Pirates/ Mugiwara no Ichimi dari One Piece atau di Malaysia, namanya ialah Budak Getah.



Ahli-ahli Strawhats Pirates
  1. Luffy - Seorang lanun yang ceria (Mahu menjadi Raja Lanun)
  2. Zoro - Pengguna pedang merangkap orang kanan dalam kumpulan ni (Bercita-cita menjadi pengguna pedang terunggul dalam dunia)
  3. Nami - Seorang pencuri yang gilakan harta dan pengemudi laut yang handal (Bercita-cita melakar peta dunia sendiri)
  4. Sanji - Seorang tukang masak yang hebat! (Mahu mencari All Blue)
  5. Usopp - Seorang pembidik tepat (sniper) yang suka kelentong (Mahu jadi pahlawan yang berani di lautan)
  6. Chopper - Seekor rusa yang mahir dalam perubatan (Bercita-cita boleh rawat semua penyakit)
  7. Robin - Seorang wanita cerdik yang mahir membaca Poneglyph *lebih kurang macam batu bersurat* (Mahu mencari Rio Poneglyph)
  8. Franky - Seorang cyborg yang mahir dalam pertukangan kapal (Nak bawa Thousand Sunny jumpa One Piece)
  9. Brook - Seorang pemuzik yang juga pengguna pedang (Nak jumpa Laboon, kawan ikan pausnya)
Banyak lagi aku nak cerita pasal One Piece ni, so nantikan dalam entri entri lain ya! I love this manga.

Assalamualaikum.

Bumiputera Property Exhibition (BPEX)

  • 0
Assalamualaikum.

Bersama-sama dengan keluarga, aku pergi ke Mid Valley bagi tonton wayang dan singgah MPH Bookstores.

Aku tahu hari Ahad pasti Mid Valley Megamall lambak dengan orang, maklumlah hari minggu. Namun, aku tidak tahu pula tentang pameran harta tanah Bumiputera atau Bumiputera Property Exhibition (BPEX) di Mid Valley Convention Centre sejak 13 April - 15 April 2012 ni!

Buat pengetahuan semua, BPEX ini ialah pameran yang mengetengahkan hartanah daripada pelbagai pemaju untuk menjual lot Bumiputera kepada pembeli yang berpotensi. Pameran ini dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu, Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah Klang. 

Selain itu, aku sebagai pelajar diploma dalam pengurusan hartanah, aku berasa bertuah mendapat peluang mengunjung pameran ini untuk menambahkan ilmu. 

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam pameran, aku terpinga-pinga dengan apa yang patut aku lakukan. Nak bertanya pada mereka, langsung tiada soalan-soalan yang terlintas. Aku perlu baiki kemahiran sosial nampaknya :|

Apa-apapun, bagi mengelakkan pembaziran masa, aku sibuk tangkap gambar, ambil brosur dan kad-kad. Semuanya adalah untuk dijadikan rujukan dalam memahami bidang ini nanti.

Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat diambil ketika berada di sana.

Ammar dibawa sebagai teman *pegang brosur*

Senarai pemaju tanah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hartanah 1

Senarai pemaju tanah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan hartanah 2

 Projek Metropolitan SQ @ Damansara Perdana

 Projek Areca @ Bandar Seri Coalfields, Sg. Buloh

 Nice condominum isn't?
 
A huge mock up!

 Brosur-brosur yang diambil daripada booth-booth pemaju :P

Hasil daripada lawatan ke pameran, aku dapati wakil-wakil pemaju semuanya berpakaian kemas dan segak. Noted. Selain itu, mereka menarik minat bakal pembeli dengan kepetahan bercakap dan keyakinan terhadap hartanah mereka sendiri. Penggunaan bahasa Inggeris mudah turut digunakan, ayatnya senang tetapi padat dengan informasi.

Bagi orang lalu lalang yang berminat, mereka kelihatan memfokuskan pada kriteria kemudahan berdekatan, jalan perhubungan dan daya tarikan yang tersendiri pada hartanah tersebut. Harga juga merupakan faktor penting bagi mereka tetapi tidak menjadi keutamaan memandangkan mereka menumpukan pada hartanah yang berbaloi untuk dibeli (worth money).

Satu jam berada di sana merupakan keseronokan bagi aku. Terasa tidak sia-sia mendengar cakap Ummi supaya menangguhkan niat untuk pergi ke Mid Valley pada hari Jumaat dek hujan :)

Assalamualaikum.

P/S: Berikut ialah tarikh-tarikh pameran BPEX yang seterusnya. (Sumber: BPEX) 

  • Tarikh:  14 & 15 July, 2012
  • Tempat:  Legar Putra, Putra World Trade Centre (PWTC)
  • Masa: 10:00 am to 09:00 pm
  • Tarikh: 23-25 November 2012
  • Tempat: Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)
  • Masa: 10:30 am to 09:30 pm